Friday, February 26, 2010

Ana kangan sama abi!!!


Ana kangan sama abi...

Abi?
Itu bukan panggilan buatmu..
Namun,
Itulah suara hati ini memanggilmu..

Saat ini,ana telah selesai menduduki peperiksaan semester di kampus..
Saat ini,ana rindu pada sang umi, kakak2 dan abang di kampung halaman..
Saat ini,ana terkenang memori semalam bersama insan yang paling ana sayang..

Saat itu,
Ketika itu,
Waktu itu..
Suatu masa yang hampir sama,
Ana menghadapi peperiksaan,
Seperti biasa,
Semua akan menghubungi ibubapa masing2 untuk mohon restu dan doa..
Ana tidak terkecuali sungguhpun ia kadangnya tidak terlaksana..
Apa katanya?
"InsyaAllah, ayoh sokmo doa..semaye hajat kurey2 seminggu sekali..ari senin ko.ayoh wak ari senin sokmo.hok penting, doa kito sediri.kito hok nok.kito tu keno buat jugok.."
Ana kangan sama abi..

Saat lainnya,
Ketika ujian Ilahi meniti halus mengerlus ubun2 sabar,
dia menjadi wasilah kekuatan..
Dari jauh disampaikan salam,
Tanpa mampu dan perlu mengadukan kata,
Insan itu lebih dahulu menuturkan kata:
"Bakpo ni?ado gapo ni?ermmm..acu royak ko ayoh, ado gapo ni?
"Tak dop gapo..Sajo jah nok dengar soro ayoh.rinduu"
"Uhh, jolo ko?lain jah bunyi?....."
Berubah nadanya menjadi seorang bapa yang amat penyayang dari seorang yang garang..
Ana kangan sama abi..

Ana kangan sama abi..
Nasihatnya,
Kisahnya,
Tegurannya,
Sinisnya,
Arahannya,
Bisa memandu anak ini mencari arah dan jalan hidup..
Bisa menjadi semangat padu buat anak ini bangun dari lelah dan payah..
Bisa menguatkan hati anak ini berjiwa besar bila berdepan dengan dunia..
Ana kangan sama abi..

Abi..
Kisahmu menjadi iktibar,
Tuturmu menjadi pedoman,
Pesanmu menjadi ingatan,
Marahmu menjadi pengajaran,
Ana kangan sama abi..

Abi..
Ruginya kami acuh tak acuh mendengar pesananmu,
Ruginya kami melarikan diri saat bibirmu ingin berkongsi,
Ruginya kami tidak mendengar teguranmu,
Ruginya kami tidak mengikut katamu,
Ruginya kami tidak menuntut pengalamanmu yang maha berharga,
Ruginya kami tidak sempat membahagiakan hidupmu ke hujung nyawa,
Ruginya kami mengabaikanmu tatkala dikau perlukan kami,
Ruginya kami..
Ruginya kami..
Ana kangan sama abi..

Abi..
Kini dikau telah tiada di sini,
Bersama kami,
Menelusuri jalan2 yang masih tersisa,

Abi..
Maafkan ana tidak sempat memberikan yang terbaik buat abi..
Maafkan ana kerana terkasar bicara suatu ketika..
Maafkan ana terabaikan abi..

Ketahuilah abi..
Bahawa kami baru sedar yang kami benar sayangkan abi..
Bahawa kami sentiasa rindukan abi..
Bahawa kami akan sentiasa mendoakan abi..

Abi..Maafkanlah kesilapan kami..


Ya Allah, abiku insan mulia yang sangat kusayangi keranaMu..
Rabbi, ampuni dosa abi, umi dan keluargaku..
Rabbi, redhailah hambaMu itu..
Terangi kuburnya, lapangkan rumahnya, permudahkan soal-jawapan abi dengan munkar dan nakirMu dan jadikanlah kuburnya seperti sebuah taman dari taman2 syurgaMu..
Amiin ya Rabb..





Photobucket