Monday, August 31, 2009

Saya dah 21 tahun???



Sanah helwah..Kelahiran dan Kematian..

Sanah helwah kepada ana sendiri...
hmm....baru je 4 bulan lepas memasuki alam 20 tahun..tetiba dah jadi 21 tahun??ajaib!!
Kalendar mane ni kak??demam eh?memang saya demam...demam ramadhan...
Gembiranya saya untuk menyambut hari lahir di bulan mulia ini...
Kalau macam tu, tiap2 tahun la saya sambut hari jadi dalam bulan ramadhan...
sebab...


Hari lahir saya memang ditakdirkan Allah dalam bulan ni...
yuhoo....Alhamdulillah...
Bangga ada..gembira pun ada...
tapi ingatlah wahai diri...
meningkatnya usia,
bergantinya hari,
berubahnya musim,
bermakna...
kita semakin melewati hari...

hmm...seronok sangat ke kita sambut hari lahir??
Tup tap..
Esok dah pergi mengadap Ilahi..
rasenye bagai baru semalam menjengah ke dunia..

Alahai...
Sekejapnya kita di sini..
Pejam dan celik..
Pejam dan celik..
Pejam dan celik lagi..
dan akhirnya pejam selamanya..

Benar, janji Allah itu pasti..

" Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasi mati, Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu akan dikembalikan"
-Surah Al.Anbiyaa':35

Allahu Akbar!!!
Dekatnya mati itu..dalam tahun ini sahaja, sudah berapa berita kematian kita dengar..samada yang berkait dengan kita, yang dekat dengan kita mahupun yang tiada kena mengena langsung dengan kita..
Tapi Allah membuktikan kekuasaanNya yang Maha Besar, Maha Agung..
Sejak dari berita pemergian Sheikh Fathi Yakan, kemudian MJ, menyusul pula seorang sahabat,akh Nabil Marwan, seterusnya insan yang paling disayangi, ayahanda tercinta, kemudian pula ustaz Asri Rabbani dan yang latest, sahabat seUniversiti+ senegeri+sedaerah,Hafifi Hazwan...

MasyaAllah, dekatnya mati itu..
Begitu aturan yang telah ditetapkan olehNya..
Lahirnya kita disambut dengan kalimah suci azan..
Dan kembalinya kita dihantar dengan kalimah agung iqamat..
Betapa dekatnya azan dan iqamat..

Aduhai sahabat,
MATI..
Ingatlah kematian itu dr detik ke detik & dr saat ke saat krn Allah x janjikan kematian kt di waktu TUA @ disebabkan sakit. Oleh itu jgn senang hati krn kematian pasti berlaku. Tunggulah kematian dr nafas ke nafas agr kt x angan-angan melalaikan..
Di ramadhan yang mulia, yang masih berbaki 20 hari, mari kita banyakkan amalan, ikhlaskan ibadah, mujahadah mencari redhaNya agar di akhirnya kita memperoleh kemenangan menggapai maghfirah dan cintaNya..

Jadi teman-teman,
Sambut hari kelahiran bukan tak boleh..boleh je..
Tapi ingatlah akan hari mati kita yang akan tiba bila-bila masa...
Dan ingatlah bahawa malaikat maut menjenguk kita 70 kali setiap hari...

Kita menangis di saat kelahiran kita sedang yang lain bergembira..
Tapi sahabat,
Biar orang lain menangis di hari kematian kita, sedang kita tersenyum gembira..menanti masa untuk bertemu yang Esa dan bertemu Kekasih tercinta...

Salam kalam..



Sunday, August 30, 2009

Resah..Rindu.....



Ya Allah, duka apakah yang sedang melanda hambaMu ini??
Menghimpit meresahkan jiwa..
Entah angin apa yang melanda kalbu..
Meruntun diri,meronta-ronta mencari..
Rindu ini tak tertahan lagi..



Termangguku di birai hari, puas sudah mendidik hati, penat sudah memerah fikir mencari diri..
Di manakah hamba ini berada??
Adakah masih di alam nyata??
Mengapa keresahan ini sarat melanda??
Bertimpa-timpa memberati bahu yang terpaksa bertatih semula..

Oh....dimanakah sayap kanan dan kiriku???
Uhh....hambaMu ini terlupa..
Sayap kananku telah patah..
Dan sayap kiriku juga lemah kurang berdaya..




Lalu seharusnya kini, hambaMu ini sedar bahawa sudah sampai masanya untuk membina sayap sendiri, mencari arah haluan kapal sendiri..
Ya Allah, sungguh lautan ini sangat dalam..
Sering bergelora..badainya hebat melanda..
Apakah diri ini berjaya untuk melabuhkan pelayaran sukar ini dengan selamat??
Bantulah hambaMu ini ya Allah..
Betapa takutnya hamba ini..



Ya Allah, hamba ini berseorangan..
Takutnya hamba untuk meneruskan perjalanan..Bimbang layar punah..Risau pada nakhoda andai hilang arah..kerana nakhoda muda ini masih jahil tentang dunia dan isinya..

Ayah,
kini baruku tahu beratnya bebanan dan tugasmu semasa hayatmu..
Ayah,
sungguh dikau lah insan yang paling kukagumi selepas Rasul Junjungan..
Ayah,
dikau telah pergi meninggalkan amanahmu ke pundak ini..
pergimu untuk meneruskan perjalananmu di daerah sana..
Ayah,
beratnya kaki ini untuk meneruskan langkah..
Ayah,
masih kuingat waktu itu....
waktu kita sama-sama berkongsi masalah..
waktu kita sama-sama mencari jalan penyelesaian..dan
waktu itu kita sama-sama ikhtiar untuk yang terbaik..
walaupun ayah selalu cakap "ayah penat, adek lah buat..ayah dah tak larat"
tapi Ayah,
adek tahu bahawa insan bernama 'ayah' ini tidak pernah putus asa berusaha yang terbaik untuk keluarga..
betapa kagumnya adek pada ayah..
Ayah,
ayah dah tinggalkan semua susah, sedih dan sakit ayah..
Ayah,
sungguh adek masih perlukan ayah..
Selamanya..
Ayah lah inspirasi dan sumber kekuatan diri ini....

Ya Allah..
Terima kasih kerana meminjamkan hamba seorang insan bernama ayah..
biarpun hanya 20 tahun, tapi kehadirannya telah Engkau titipkan kekuatan luar biasa buat hamba kerdil ini meneruskan perjalanan perdagangan di daerah yang penuh onak duri ini..
Ya Allah..
Dengan penuh kerendahan hati, dengan penuh kerdil, dengan penuh pengharapan..
Hamba memohon kekuatan dariMu..
Cukuplah hamba meminta padaMu..
Jangan biarkan hamba mencari yang lain selain dariMu..
Ya Allah..
Lemahnya kudratku berdepan dengan kuasaMu yang Maha Hebat..
Lalu jangan Kau biarkan hamba terkapai-kapai di persimpangan yang tidak berarah..
Ya Allah..
pandulah hidupku ke jalan yang Kau redhai..
bimbing hamba ini kepada cintaMu dan RedhaMu...
Ya Allah...
perkenankanlah permintaanku..
Amiin



Kau yang menciptakan cinta
dan Kau jua yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yg terbaik utkku
tak semuanya yang ku mahu...

dicelah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut namaMu
terarah segala ronda rasa
pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
telah Kau titipkan kekuatan oh Tuhan...

-Segalanya milikMu,Mestica

Monday, August 17, 2009

Ia datang lagi...bersediakah kita??



عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : صعد النبي صلى الله عليه وسلم المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين ، قيل يا رسول الله إنك صعدت المنبر فقلت : آمين آمين آمين ، قال : أتاني جبريل عليه الصلاة والسلام فقال : من أدرك شهر رمضان فلم يغفر له فدخل النار فأبعده الله ، قل : آمين ، فقلت : آمين ، فقال : يا محمد ، ومن أدرك أبويه أو أحدهما فلم يبرهما فمات فدخل النار فأبعده الله ، قل : آمين ، فقلت : آمين ، قال : ومن ذُكرتَ عنده فلم يصل عليك فمات فدخل النار فأبعده الله ، قل : آمين ، فقلت : آمين

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mata, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu akupun menyebut: “Amin.”

Ahlan Wasahlan...Marahaban..Ahlan Wasahlan ya Ramadhan Karim..

Ramadhan menjelma lagi..
Menghimpun rahmat dan maghfirah..
Bertambah keberkatannya dengan amal ibadah..
Diri tunduk keinsafan dan rasa berdosa..

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini..
usah dibiarkan berkatnya berlalu sia-sia sahaja..
Ia hadir bagai air bah..membasuh daki dunia..

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
SEPERTI KETIBAAN ORANG YANG KITA CINTA..
Dengan ucapan Ahlan Wasahlan..Marhaban ya Ramadhan..
Hati gembira..pintu terbuka..
Rahmat Allah yang Maha besar..

Di taburi mutiara hikmah alQuran
Lantas dibelenggu nasfu dan syaitan..
Didatangkan pula lailatul qadar..
Pengobanan yang dibuat balasannya syurga..

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...

-petikan lirik lagu ahlan wasahlan ya ramadhan (Rabbani)

Haa...nampak tak banner kat atas tu??masyaAllah, Ramadhan datang lagi...
Hadirnya sangat dinanti dan dirindui..Sebaliknya perginya akan ditangisi..
Seperti perginya orang yang kita cintai..

Masih ada 2 ke 3 hari untuk memasuki bulan mulia ini..Apakah kita ada peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan kali ini, sedang ramai yang baru sahaja dijemput Allah kembali ke pangkuanNya dengan sekelip mata..
Allahu Akbar!!Kerdilnya kudrat hamba..
Ya Allah, moga-moga kami masih berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini..berilah peluang pada kami untuk mengutip bekalan dan meraih redha dan maghfirahMu di bulan mulia itu..amiin

Dalam menghitung hari kedatangan tetamu mulia ini, saya mengajak sidang pembaca semua untuk samas-sama membuat persiapan yang terbaik untuk menyambut tetamu istimewa ini..datangnya hanya setahun sekali..andai kedatangannya kali ini kita sia-siakan, apakah kita mampu menjamin kita dapat menemuinya lagi di masa hadapan??

Jom kita check out persiapan kita menerima tetamu ini...






Wednesday, August 12, 2009

Ketenangan Hati..


Ketenangan hati adalah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada aseorang manusia walau apa pun latar belakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak setuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa adalah satu perkara yang palling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah perkara yang amat kritikal bagi setiap insan..


Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan adalh Tuhan dan aku adalah aku; sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan kenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan dan aku adalah hamba ciptaanNya.; menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Agung. Seseorang yang menyedari bahawa di sana satu Kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta yang Sentiasa Berkata,

Tafsirnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Dan berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
(Surah al-Mukmin, ayat 60)
,tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku!

Seorang anak kecil akan berasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibubapanya semasa membeli belah di pasaraya.

Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi "ketenteraman" dan "ketenangan hatinya"lah yang tercedera.Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran terjatuh; berhenti menangis hanya kerana ibu berkata," Sudah,jangan menangis sikit saja tu. Nanti ibu sapukan ubat!". Adakah dengan berkata demikian, sakit lukanya telah hilang? Tidak, sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa "sakit" pada jiwa dan emosinya telah diubati dan telah hilang kerana diganti oleh rasa tenteram dan anak itu yakin kepada ibunya memahami "penderitaannya" dan ibunya "mampu" mengubati luka dilututnya dengan ubat yang akan disapu nanti.


Ini menunjukkan bahawa ketenangan hati dan ketenteraman hidup adalah satu kuasa ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seseorang manusia. Adalah menjadi satu hukum dan prinsip alam, seseorang itu akan merasa tenang dan aman apabila mengetahui bahawa di sana adanya satu "kuasa" yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.

Seseorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan ketinggian dan kegeniusan IQ-nya dengan betul jika jiwanya sentiasa bercelaru dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi seseorang yang mantap EQ-nya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf, dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dimilikinya, ia dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan ketenangan dan ketertiban. malah seringkalli terlontar daripada bicaranya, perkataan- perkataan yang bersifat 'teraputik' yang mampu menyegarkan kerengsaan jiwa dan kegersangan emosi.

kekuatan rohaniah (SQ) akan menjadi penjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau di tahap mana pun IQ-nya berada. Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini menyatakan sebagai satu prinsip,

"Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang?"
(Surah ar-Ra'd: 28)
Berzikir membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingati Allah, merasai kehadiranNya dan berasa keagunganNya dalam setiap masa dan keadaan. Mana mungkin seseorang yamng melihat Tuhan itu (dengan segala kebesaran dan kekuasaanNya) berada begitu hampir dengan dirinya, masih tidak berasa tenteram dan aman?

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan "nur" kerohanian yang jernih, pasti akan mampu berasa ketenangan hidup dan kekentalan serta keharmonian emosi. Tuhan berfirman, " Dialah yang menurunkan 'sakinah' ke dalam hati orang-orang yang beriman!" (Surah al-Fath: 4). Erti sakinah adalah ketenangan yang tetap.

Jika demikian, sudah tentu dalam apa yang diperintahkanNya itu, ada alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenanganh hati ini, seperti amalan zikrullah, solat, tafakuur, amalan doa, wudhu dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak buta daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian Allah alam ini. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Zat Tunggal Maha Pencipta!

Photobucket