Wednesday, September 22, 2010

BUKTI KEKUASAAN ALLAH PADA HAMBANYA YANG BERIMAN...

Remaja syahid di jalan Allah

by admin on 13/08/2010
Share700


Kisah benar yang saya petik dari sebuah laman web dari seorang sahabat. Untuk renungan kita bersama.
****************


Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.



Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.



Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.




Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas solat Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.

Friday, September 17, 2010

BERAYA DI HOSPITAL..

 Bismillahi walhamdulillah....

Assalamualaikum sahabat2 dan kenalan2ku ssekalian....
Kaif hal antum al'an?? Walaupun dah memasuki 10 Syawal, saya tetap nak ambil kesempatan Syawal yang berbaki ni untuk ucapkan Salam Idulfitri kepada semua. Ampun Maaf dipinta atas semua salah dan silap, yang terang mahupun yang tersembunyi..Saya hanya insan biasa seperti kalian, pasti ada melakukan kesilapan. Dari itu, kedatangan Syawal ini, maafkanlah salah dan khilaf saya samada mengenali atau tidak..

Tahun ni, 1431H, buat pertama kalinya saya dan keluarga berpengalaman menyambut Aidilfitri di hospital. Lebih sayu bila Syawal ini adalah Syawal ke-2 tanpa bersama ayahanda tercinta. Alkesah tersebutlah kesah, ibu saya dimasukkan ke wad hospital daerah pada hari jumaat 3September2010. Tapi keesokan harinya, ibu dikejarkan ke hospital besar yang berdekatan dan dimasukkan ke ICU (unit rawatan rapi). 

Saya terus pulang pada hari sabtu dan terus ke hospital untuk melihat keadaan ibu. Dan alhamdulillah, 2 hari kemudian ibu dipindahkan ke wad biasa menandakan tahap kesihatannya semakin baik. Alhamdulillah....
Kali ni, hati saya sangat tersentuh melihat ibu yang terlantar sakit di katil kerana nilah kali pertama ibu admit wad selepas pemergian ayahanda tercinta. Teringat sewaktu dia dimasukkan di hospital sebelum dari ini, dalam keadaan separuh sedar, dia kerap kali memanggil 'ayah' iaitu suaminya yang tersayang. Kerana ayah lah sumber kekuatan utama dalam hidupnya apatah lagi nenek sebelah ibu telah lebih dahulu pergi setahun sebelum pemergian ayahanda saya. 

Saya sungguh tidak menyangka ibu akan admit hospital lagi secepat ini. Seboleh2nya, saya tak nak ibu admit lagi ke wad. Namun apakan daya, takdir Allah mengatasi tadbir manusia lemah seperti saya. Tapi saya tetap terkilan dan kecewa kerana saya terabaikan ibu. Sebagai satu2nya orang yang bertanggungjawab tentang ubat2an dan treatment ibu, tapi saya terabaikan untuk re-check dan re-schedule masa2 ubat yang perlu diambil oleh ibu lantaran terlalu sibuk dengan peperiksaan dan pengajian. Oh ibu, maafkanlah anakmu ini.

Sehari sebelum menjelangnya Syawal tahun ini, ibu kelihatan sangat ceria. Rupa2nya tahulah kami bahawa ibu nak sangat balik beraya di rumah. Dan apa yang berlaku sehingga dia dimasukkan ke wad lebih kepada disebabkan rindunya kepada anak2 (saya dan kak ngah yang masih belajar) yang menyebabkan dia tak lalu nak makan. Dan apabila kami pulang dan menjaganya sepanjang hari di wad, perkembangan kesihatannya baik dengan lebih cepat dari biasa.

Hari raya kali ni, saya terkilan kerana tak dapat menunaikan solat sunat hari raya. Tapi menjaga ibu di hospital, saya redha dan tawakkal pada Allah. Mungkin itu ketetapan Allah yang terbaik buat saya. 

Cukuplah rasanya dari saya untuk entry raya. Sebenarnya, saya tak tahu nak tulis ape untuk dikongsi dengan sahabat2 dan pembaca yang setia berkungjung di blog saya yang serba kekurangan ni.Sebab saya tak merasakan apa2 di hsri raya kali ni..Syukran jazilan atas sokongan kalian..

Di sini, saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat tercinta saya, Wan Nur Ainun bt Baharudin yang sudi ziarah raya pada hari raya pertama di wad. Tidak lain yang ana lebih inginkan melainkan melihat ibu ana gembira dan bahagia hidupnya dan rahmat dan redha Ilahi..

Salam Idulfitri buat semua...Moga catatan dan perkongsian yang sedikit ni dapat memberi manfaat kepada kita. Saya juga masih belajar dengan kehidupan. Tegur2lah jika ada yang kurang dan yang tak senang..
Wallahua'lam...
Wassalam...
Photobucket