Tuesday, August 10, 2010

MENCARI ERTI RAMADHAN..


Selamat melangkah ke UNIVERSITI of RAMADHAN. Universiti ini hanya dibuka sekali sahaja setahun dan tempoh pengajian hanya selama sebulan. Semua MUSLIMIN dan MUSLIMAT di seluruh dunia berdaftar secara automatik.
Namun, kejayaan di penghujung pengajian adalah bergantung kepada kesungguhan AMAL dan TAQWA pelajar2. Untuk pengetahuan semua, Universiti ini tidak menyediakan pensyarah yangn khusus tetapi satu perkara yang paling penting dapat di'highlight'kan adalah, PENILAI tahap kecemerlangan pelajar secara mutlaknya adalah ALLAH S.W.T.

Moga semua sahabat2 saya yang berada di Universiti ini dapat memanfaatkan sepenuhnya tempoh PENTARBIAHAN di Universiti Ramadhan ini. Mensia2kannya adalah suatu kerugian yang sangat besar..

SALAM dari editor Universiti RAMADHAN kepada semua MUSLIMIN dan MUSLIMAT..
Moga tahun ini lebih, lebih baik dari tahun lepas..InsyaAllah 

Tuesday, August 3, 2010

SURAT CINTA BERTASBIH LAGI??

Bismillah wa 'ala barokatillah....

Alhamdulillah, panjatan kesyukuran pada Ilahi Rabbi yang mesih memberi peluang untuk terus berkongsi dan memberi walaupun tidak seberapa.

SURAT CINTA KEMBALI BERTASBIH...


Wahai teman dan taulanku sekalian, sedarkah kita bahawa Ramadhan yang mulia akan kembali lagi..
Dalam kesibukan seorang pelajar dengan pengajiannya, seorang ibu atau ayah dengan masalah keluarga, seorang guru dengan pelajarnya mahupun seorang pekerja dengan tugas dan amanahnya, tidak siapa menafikan bahawa Ramadhan semakin hampir.

Namun, sejauh manakah kita sudah bersedia untuk menyambutkan??
Para sahabat menyambut Ramadhan dengan penuh persediaan, dari segi mental dan fizikal..
Bagaimana dengan kita??

Lalu, saya ingin bersama sahabat2 dan teman2 untuk meraikan Ramadhan tahun ini dengan membiasakan diri dengan membaca al-Quran. Moga kehadiran Ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan lebih baik dari tahun sebelumnya...

InsyaAllah....

SAMA2 KITA TINGKATKAN AMAL..
wassalam
Photobucket