Sunday, December 20, 2009

Kerdilnya kita....


Sibuk menelaah pelajaran, sambil ditemani hiburan mendidik jiwa, tiba2 hati hiba mendengar alunan bait2 satu lagu nasyid..Kerdilnya kita sebagai hambaNya, kerdilNya kita dengan kuasaNya..Agungnya Kuasa Dia yang mentadbir sekalian langit dan bumi..
Membawa hati kerdil ini untuk mengajak sahabat2 dan pembaca sekalian turut sama hayati bait2nya..moga dapat mengingatkan hati2 yang lupa dan lalai...

Yang Maha Penyayang..
oleh:Hijjaz

Lihat bulan dan bintang
Menerangi dunia
Betapa agung kerajaan-Nya
Lihat pula lah hutan
Sang suria di atasnya
Semua akur pada Yang Esa

Umpama kan sang unggas
Di rimba belantara
Begitulah bandingannya kita
Sungguh kerdilnya insan
Yang diciptakan Tuhan
Ternyatalah Agung Ar -Rahman

Besar niat bahaya
Kita tempuhi jua
Segala perintah-Nya kita laksana
Jauhkan larangan-Nya
Sembunyi atau nyata
Semua untuk faedah kita
Ikhlas kan pada hati
Amal kerna Ilahi
Teguhkan dalam diri kalam Rabbani
Pesanan dari Nabi jadi panduan diri
Hidup dan mati untuk Ilahi

Tiada perkataan layak buat bayangan
Terima kasih pada-Mu Tuhan
Tak terhitung kurniaan
Biara dakwat selautan
Sesungguhnya Kau Maha Penyayang

Wednesday, December 16, 2009

Bubur Lambuk Mak Esah..


Salam buat pembaca sekalian..
Kali ni nak kongsi resepi masakan pula dengan kalian..Sebelum tu, nak ulas skit2..masakan ni ramai yang dah biasa..Cuma berbeza mengikut tempat.di Pantai Barat, masakan ini dimasak dengan sayur campur seperti (jagung, lobak dan kacang..yang sudah dijual di ‘market’) dan berwarna putih.. tapi masakan di Pantai Timur menggunakan ulam-ulaman asli yang dipetik disekitar rumah.dan kadang-kala berbeza mengikut citarasa mengikut kawasan @ individu...

dan resepi yang saya nak kongsi ini adalah resepi ibu saya..buat teman2 yang berada diperantauan yang teringin nak makan masakan Malaysia, nah boleh la cuba2 resepi ni..juga buat teman2 luar Negara yang mahu belajar masakan Malaysia..dan JUGA buat para suri yang sudah mendirikan rumahtangga ataupun yang bakal mendirikan ‘masjid’ untuk dihidangkan kepada seisi keluarga..saya pun tengah belajar lagi ni..

Jom belar masak!!..

Bahan:
1 cawan beras
5@6 cawan air (mengikut jenis beras)
Ulam-ulaman
Daging/ayam/sotong/lokan
Bahan perisa
Ditumbuk:
1 sudu lada hitam
5 ulas bawang merah
5 ekor ikan rebus

Cara-cara:
1. Mula-mula basuh beras dan masukkan air kemudian masak atas api yang besar.
2. Bila beras hampir masak, masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi.
3. Kacau rata dan masukkan perisa secukup rasa.
4. Kemudian tambahkan ayam atau daging atau sotong atau lokan.(mengikut citarasa masing2).
5. Kacau dan tunggu sehingga masak.
6. Akhir sekali, bila kelihatan sudah hampir masak, masukkan ulam-ulaman/sayur.
7. Tutupkan api. Dan sedia dihidang..

Selamat Mencuba…


Thursday, December 3, 2009

Ayah ajar kita Sains??..


Wah, sedapnye minuman kat atas tu! kecur liur dibuatnya...yang tak dahaga pun jadi dahaga, yang dahaga ni makin2 la rase dahaga..

Erm..kenapa agaknye saya citer hal secawan air kali ni ye??secawan air dan sains..
Sains dan secawan air...hmm....
JOM KITA tinjau2......

Hmm...teringat zaman hingus masih meleleh (budak lain la, bukan saya..hehe), muka comot comey (saya tak comot, tapi comey..hehehe), masa kecik2 dulu...Selalu ikut mak atau ayah atau kedua2nya pergi kebun..masa tu, saya ingat lagi, kebun kami terletak kat kawasan yang belum ada orang terokai, belum diusik lagi..dihutani dengan pokok2 dan pohon2 sehinggalah diterangi dan dipagari dengan pagar kayu yang dibuat oleh ayah..masa kecik2 dulu...sampai sekarang pun, saya masih suka berkebun cuma kesempitan masa yang selalu menghalang niat..

Cantik pagar yang ayah buat, walaupun hanya dengan batang kayu xxxx(tak tau nama apa, almaklum anak muda zaman sekarang, berapa kerat je yang tau nama pokok kayu) dan gulung dawai(orang qlate panggil :khawak). Baru2 ni, ada saya tanyakan pada mak sebab dah lama sangat rasannya tak ke sana, sejak memasuki tingkatan 1 di sekolah berasrama sampai masuk universiti sekarang ni..dah hampir 8 tahun..tapi saya tak ingat pulak kenapa..

ok, kembali tajuk asal..Sebelum ke kebun pagi2, ayah suka singgah di satu kedai makan..minum2 pagi yang tak sempat di rumah dan makan 'bun' sebiji. Masih segar diingatan saya, tiap kali minum teh tarik kat kedai ngan ayah, mesti ayah akan minta satu piring kecik..alahai, piring yang selalu orang buat lapik cawan tu...hehe..(dalam gambar kat atas pun ada, tapi tak la mahal macam dalam gambar tu ye)..ayah akan minta kalau tak disediakan..tau tak ayah saya buat apa dengan cawan tu? dia ambil cawan air tadi, lalu dituang teh tarik tadi ke dalam piring kecil tu..lagi, ayah saya geleng2 piring tu..(faham kan? kalau tak faham, boleh demo sendiri ye!)

Kemudian, ayah cakap:
"hoh, ambik nih! minum hok dale piring nih, sejuk doh..hok dale cawe tu panah lagi.." (haa, faham tak tu?hehe)
masa tu kan, malunye alahai, tak tau nak cakap..padahal, masa tu kecik lagi.huhu..malu tak pasal2..dan masa tu, tak fikir lagi kenapa bila letak dalam piring cepat sejuk sedangkan dalam cawan lambat sejuk..

Dalam hati:
"malunyo nok minum dale piring nih..bakpo la ayoh buak lagu ni.."
Kawan2, insan yang bergelar ayah atau ibu ni, mereka dapat tahu apa yang bermain di hati anak2 mereka..Tahu apa yang ayah saya buat??
Dia tuang teh tarik dalam cawan dia tadi ke piring kecil yang baru..digeleng2 dan dihirup dengan ekspresi penuh kelazatan...
Lalu apalagi saya ni, hirup la teh tarik dalam piring tadi...wah, seronok rupanya..rasanya pun lain..macam manis2 sikit...tak tau la manis air ke manis pengalaman..

Usai je minum air secawan, roti sebiji, kami meneruskan perjalanan dan kerja kami ke kebun..biasenya ayah beli bekal 4keping roti canai ke kebun, air sejuk dah bawa siap2 sebagai bekalan rehat2 lepas penat bekerja nanti...
-----------------------

Buat suspen je tajuk artikel ni.Hmm...apa kaitannye dengan sains yang saya sebutkan diawal tadi dengan kisah diatas ni?
Sebenarnya si ayah tadi sedang mengaplikasikan salah satu cabang dari ilmu sains walaupun mungkin dia tak tahu pun apa yang dia buat tu adalah sebahagian dari aplikasi ilmu sains..Yang mana, KADAR RESAPAN HABA KE PERSEKITARAN BERKADAR TERUS DENGAN LUAS PERMUKAAN TERDEDAH. Jadi, nak air cepat sejuk, si ayah telah mengalihkan sebahagian minuman dari cawan ke piring yang mana permukaan terdedah lebih besar.

Dan 1 perkara lagi yang saya belajar dari ayah saya sendiri melalui peristiwa ini, "dakwah bilhal"..realiti manusia sukar melakukan sesuatu yang masih baru didengari kepada mereka melainkan mereka melihat sendiri orang lain melakukannya lebih2 lagi orang yang berpesan..Dalam bab dakwah, besar peranan dakwah bilhal..Dakwah inilah yang sangat sukar kita laksanakan, sedangkan dalam sirah Rasulullah dakwah inilah yang begitu banyak menundukkan musuh hingga mereka jatuh cinta kepada Islam.

Begitulah sebuah alkesah yang sudah terkisah...menjadi memori indah dalam lipatan kenangan hidup..indah sangat bila kenang kembali memori yang memberi erti dalam kehidupan..lebih2 lagi bersama insan2 yang tersayang..
Kenangan tinggal kenangan.dan guru itu telah pun selamat kembali kepadaNya...dan meninggalkan pelajaran yang bererti buat anak ini untuk dikutip ke dalam perjalanan kehidupan..


Jadi:
*sayangi ibu dan ayah anda dengan sepenuh hati..jasa mereka tak kan terbalas oleh kita..
*jangan main masa menuntut ilmu, ingat harapan ayah dan ibu..
*saya tahu mungkin ramai orang guna cara piring ni,cuma nak kongsi kisah yang berSAINS ni..hehehe

NANTIKAN CERITA berSAINS YANG SETERUSNYA.....
salam

Wednesday, December 2, 2009

Dakwah bilhal..


Definisi Dakwah Bilhal

dakwah dengan contoh perbuatan yang nyata

‘Dakwah Bilhal’. Dakwah inilah yang sangat sukar kita laksanakan, sedangkan dalam sirah Rasulullah dakwah inilah yang begitu banyak menundukkan musuh hingga mereka jatuh cinta kepada Islam. Cubalah kita hayati dan contohi.

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
“Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia orang gila, dia pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sehinggalah beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain merupakan isteri Rasulullah SAW lalu beliau bertanya kepada anaknya itu:
“Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”
Aisyah RA menjawab,”Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.”
“Apakah Itu?” tanya Abu bakar RA.
“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan
makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana, kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abu bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikannya makanan itu kepadanya.
Ketika Abu bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis Yahudi pun marah sambil mengherdik, “Siapakah kamu?”
Abu Bakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).”
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” bantah si pengemis buta itu.
“Apabila lelaki itu datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, malah terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku.” Pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya. Sesungguhnya Nabi yang mulia itu telah tiada, iaitu Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar RA. Saat itu juga dan sejak hari itu si Yahudi menjadi seorang Muslim.


Dipetik dari:
http://badatimmp.blogspot.com/2009/11/dakwah-bilhal.html

Photobucket