Wednesday, December 16, 2009

Bubur Lambuk Mak Esah..


Salam buat pembaca sekalian..
Kali ni nak kongsi resepi masakan pula dengan kalian..Sebelum tu, nak ulas skit2..masakan ni ramai yang dah biasa..Cuma berbeza mengikut tempat.di Pantai Barat, masakan ini dimasak dengan sayur campur seperti (jagung, lobak dan kacang..yang sudah dijual di ‘market’) dan berwarna putih.. tapi masakan di Pantai Timur menggunakan ulam-ulaman asli yang dipetik disekitar rumah.dan kadang-kala berbeza mengikut citarasa mengikut kawasan @ individu...

dan resepi yang saya nak kongsi ini adalah resepi ibu saya..buat teman2 yang berada diperantauan yang teringin nak makan masakan Malaysia, nah boleh la cuba2 resepi ni..juga buat teman2 luar Negara yang mahu belajar masakan Malaysia..dan JUGA buat para suri yang sudah mendirikan rumahtangga ataupun yang bakal mendirikan ‘masjid’ untuk dihidangkan kepada seisi keluarga..saya pun tengah belajar lagi ni..

Jom belar masak!!..

Bahan:
1 cawan beras
5@6 cawan air (mengikut jenis beras)
Ulam-ulaman
Daging/ayam/sotong/lokan
Bahan perisa
Ditumbuk:
1 sudu lada hitam
5 ulas bawang merah
5 ekor ikan rebus

Cara-cara:
1. Mula-mula basuh beras dan masukkan air kemudian masak atas api yang besar.
2. Bila beras hampir masak, masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi.
3. Kacau rata dan masukkan perisa secukup rasa.
4. Kemudian tambahkan ayam atau daging atau sotong atau lokan.(mengikut citarasa masing2).
5. Kacau dan tunggu sehingga masak.
6. Akhir sekali, bila kelihatan sudah hampir masak, masukkan ulam-ulaman/sayur.
7. Tutupkan api. Dan sedia dihidang..

Selamat Mencuba…


No comments:

Photobucket