Wednesday, August 12, 2009

Ketenangan Hati..


Ketenangan hati adalah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada aseorang manusia walau apa pun latar belakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak setuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa adalah satu perkara yang palling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah perkara yang amat kritikal bagi setiap insan..


Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan adalh Tuhan dan aku adalah aku; sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan kenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan dan aku adalah hamba ciptaanNya.; menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Agung. Seseorang yang menyedari bahawa di sana satu Kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta yang Sentiasa Berkata,

Tafsirnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Dan berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
(Surah al-Mukmin, ayat 60)
,tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku!

Seorang anak kecil akan berasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibubapanya semasa membeli belah di pasaraya.

Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi "ketenteraman" dan "ketenangan hatinya"lah yang tercedera.Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran terjatuh; berhenti menangis hanya kerana ibu berkata," Sudah,jangan menangis sikit saja tu. Nanti ibu sapukan ubat!". Adakah dengan berkata demikian, sakit lukanya telah hilang? Tidak, sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa "sakit" pada jiwa dan emosinya telah diubati dan telah hilang kerana diganti oleh rasa tenteram dan anak itu yakin kepada ibunya memahami "penderitaannya" dan ibunya "mampu" mengubati luka dilututnya dengan ubat yang akan disapu nanti.


Ini menunjukkan bahawa ketenangan hati dan ketenteraman hidup adalah satu kuasa ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seseorang manusia. Adalah menjadi satu hukum dan prinsip alam, seseorang itu akan merasa tenang dan aman apabila mengetahui bahawa di sana adanya satu "kuasa" yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.

Seseorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan ketinggian dan kegeniusan IQ-nya dengan betul jika jiwanya sentiasa bercelaru dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi seseorang yang mantap EQ-nya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf, dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dimilikinya, ia dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan ketenangan dan ketertiban. malah seringkalli terlontar daripada bicaranya, perkataan- perkataan yang bersifat 'teraputik' yang mampu menyegarkan kerengsaan jiwa dan kegersangan emosi.

kekuatan rohaniah (SQ) akan menjadi penjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau di tahap mana pun IQ-nya berada. Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini menyatakan sebagai satu prinsip,

"Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang?"
(Surah ar-Ra'd: 28)
Berzikir membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingati Allah, merasai kehadiranNya dan berasa keagunganNya dalam setiap masa dan keadaan. Mana mungkin seseorang yamng melihat Tuhan itu (dengan segala kebesaran dan kekuasaanNya) berada begitu hampir dengan dirinya, masih tidak berasa tenteram dan aman?

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan "nur" kerohanian yang jernih, pasti akan mampu berasa ketenangan hidup dan kekentalan serta keharmonian emosi. Tuhan berfirman, " Dialah yang menurunkan 'sakinah' ke dalam hati orang-orang yang beriman!" (Surah al-Fath: 4). Erti sakinah adalah ketenangan yang tetap.

Jika demikian, sudah tentu dalam apa yang diperintahkanNya itu, ada alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenanganh hati ini, seperti amalan zikrullah, solat, tafakuur, amalan doa, wudhu dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak buta daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian Allah alam ini. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Zat Tunggal Maha Pencipta!

No comments:

Photobucket