Saturday, July 25, 2009

Ujian Allah, sehebat-hebat tarbiah 1..

Entah kenapa sejak memasuki sem baru, sedari awal Jun sehingga memasuki bulan Julai ni, bermacam-macam perkara yang berlaku ke atas dirinya..Datang dan pergi..satu datang dan kemudian pergi..kemudian datang pula yang lain,juga pergi..Kegelisahan yang tak surut menimpanya.

Namun dirinya tetap digagahkan jua. "Allah sedang mengujiku...mungkin aku bisa sabar menghadapi itu ini yang datang..",getus hati kecilnya..

Duduk-duduk memandang pada ubat yang perlu ditelan akibat kesihatan dirinya yang sedikit terjejas sehari dua ni, mengingatkan pada ibunya yang berada di kampung. Hatinya sayu mengenangkan ibu,kasihan ibu. Sudah menghampiri 10 tahun ibunya mendapat penyakit itu. Dan selama itu jugalah ibunya selalu mengadu kepenatan dan keletihan dengan kerja-kerja rumah. Silap-silap hari bulan, ibu itu dikejarkan ke rumah sakit kerana tidak sedarkan diri di rumah..Ada kalanya akibat hipoglisemia, dan ada kalanya disebabkan oleh hiperglisemia.."Kasihan ibu, lama ibu menderita sakitnya",pilu hatinya berbicara.

Terkenangkan ibu dan keadaan dirinya yang didatangi ujian bertimpa-timpa, sarat bahunya dirasakan memikul amanah itu..sangat berserabutan..Kerap juga kepalanya sakit-sakit lantaran terlalu memikirkannya.
-------------------------------------------------------
Berat ujian yang sedang Allah uji atas dirinya..Ujian yang berupa datang dan pergi.
Di suatu hari, hati kecilnya berbisik.."Apakah Allah ingin menguji aku dengan ujian kehilangan yang lebih hebat buat diri ini??". Pernah juga bisikan hatinya ini dikongsi dengan seorang teman baiknya..

Hari berganti hari...
Dugaan demi ujian mendatanginya....


Photobucket