Thursday, May 30, 2013

Diari hati: 31 MEI 2013



Bismillahi walhamdulillah....

Assalamualaikum wbt..
31 Mei 2013- jam 3:38pagi

Sudah lebih 2 tahun teratak ini sepi..dalam waktu yang cukup panjang yang dirasakan sangat pendek itu, berbagai pengalaman dan perkara yang telah berlaku, berlalu...pagi ni, saya terpanggil untuk kembali menulis di ruang ini... untuk tatapan diri. akan sedaya upaya diisi dengan pengisian2 buat peringatan dari ilmu, pengalaman, tazkiah dan apa2 jua yang bermanfaat..InSyaa Allah...okay, first after all, let me start with this sharing..........................................

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjelang jam 9pagi nanti, saya bakalan menjawab kertas peperiksaan subjek "Emergency, Trauma & Operation Theatre".  Mengimbas kembali saat ber'posting' di Hospital Kemaman dan Hospital Temerloh di Jabatan Kecemasan baru2 ini, memberi saya 1001 pengalaman baru..di ED (emergency department) ni, merangkumi semua kes dan masalah kesihatan, dari yang simple sehingga yang paling complicated. Macam2 kes dapat kita jumpa di sini kerana alkisah bermulanya pesakit memasuki wad adalah bermula dari sini..

Sepanjang 2minggu di ED, Alhamdulillah Allah beri saya peluang untuk mengaplikasikan ilmu baru yang saya pelajari sebelum saya menjejakkan kaki ke sini, SEFT...Dalam SEFT, kami diajar cara untuk merawat masalah emosi yang menjadi punca asas hampir kebanyakan penyakit. Dan yang paling menarik, saya mempelajari cara untuk memulihkan mangsa yang pengsan melalui teknik ini.. Dan alhamdulillah, saya berjaya kendalikan 2 kes..Semuanya adalah dengan izin dari Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Penyembuh jua..

Saya merasa satu kepuasan dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari tersebut. Saya benar2 dapat merasakan betapa bermaknanya dan bermanfaatnya ilmu tersebut apabila ia diamalkan.. Moga Allah izinkan saya memiliki hati yang cintakan ilmu dan istiqamah dalam mencari ilmu dan mengamalkan ilmu tersebut agar bermanfaat untuk ummah. Seiring dalam perjalanan mencari redha Allah...

Sabda Nabi s.a.w.; “Sebaik-baik amalan di sisi Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit”

No comments:

Photobucket