Tuesday, April 20, 2010

Mushaf Ujian CintaNya..(Kesakitan)

KESAKITAN....

“Su, along di hospital ni. Abang Ngah masuk wad kecemasan. Dari semalam lagi angah sakit perut. Dah ke klinik tapi masih takda perubahan.” Mesej memasuki ruangan inbox handphonenya seawal jam 4pagi. Bingkas Ika bangun dari lenanya yang bagai tidur2 ayam. Suatu kebimbangan menerjah ruangan tenang hatinya mengganggu kantuk tidurnya. Saat orang lain masih dibuai mimpi, saat alam masih bergelap gelita, Ika seolah menghitung masa munculnya mentari pagi. Berada di tempat yang asing bagi dirinya menambahkan rasa rindunya untuk terus pulang ke rumah.

Keheningan dan kedinginan pagi seolah tidak dirasakan lagi. Ika kemudian bangkit menghampiri bilik air. Dia menyucikan diri dan berwudhu’. Dia akan selalu begitu, lebih lagi di saat dia perlukan tempat mengadu. Itulah yang sebaiknya. Benar, Allah sangat suka bila hambaNya mengadu padaNya walaupun Allah lebih dahulu mengetahui apa yangberlaku. Berteleku hiba Ika menadah tangan memohon kekuatan dan ketenangan atas ujian yang melanda diri dan keluarganya. Jernihan airmata sendu mengalir lesu basah dipipi tidak terasa olehnya. Ika terus leka dalam tahajudnya melewati ke subuh.

“Aaaaa…Aduuuuhhhh..”, raungan dari seorang lelaki muda seusia 20-an menahan kesakitan. Ika semakin laju berjalan memasuki perut rumah. Dilihat lelaki itu sedang mengerang kesakitan yang tak tertahan. Kebimbangan semakin sarat menyesaki dadanya. Ika terus menghampiri abang kesayangannya. Itulah satu2 anak lelaki tunggal ibunya. Hatinya terlalu pilu melihat lelaki itu. Terus didapatkan abangnya untuk menghulurkan bantuan. Begitulah selalunya. Ibu bahkan kakak2nya seringkali mengharapkan Ika dalam hal ehwal kesihatan dan hospital disebabkan dia menuntut dalam bidang tersebut.

Hampa perasaan dirasakan lantaran kehadiran Ika bukan sahaja tidak diterima baik oleh abangnya tapi juga dimarahi serta merta. “Allah, ana salahkah?”, hati kecilnya bermonolog sendiri. Namun Ika cuba kuatkan hati berdepan situasi itu yang sebenarnya sudah acapkali dilaluinya. "Abang Ngah tengah sakit, dia perlukan rehat dan mungkin cara ana yang salah", Ika cuba menenangkan hatinya.

Ika kesian melihat abang ngah yang terbaring dengan kepayahan. Sesekali dia mengambil ubat mengurut kaki abangnya (mengaplikasi rawatan refleksologi). Alhamdulillah kelihatan sedikit lega. Abangnya juga sudah tertidur keletihan. Sesekali tersedar kesakitan dan raungannya menggegarkan ruang rumah yang bersederhana luasnya. Ika tetap setia menjaga abangnya. Dimasak makanan tengahari untuk abangnya dan disuapkan sendiri olehnya. Sesekali lelaki itu memarahinya. Namun Ika tetap bertahan untuk menjaga kebajikan abangnya. Tambah lagi hanya Ika dan ibunya sahaja yang ada di rumah. Sedang kakaknya bekerja.

Sebelah malam.....
Dalam keadaan yang tidak menentu tersebut, lelaki itu perlu ditemani kerana dibimbangi berlaku apa2 pada padanya di lewat malam. Oleh kerana malam sebelumnya, ibu sudah berjaga, jadi Ika mengambil keputusan untuk menjaga angah pada malam tersebut.Rupa2nya, menjaga orang sakit tidak semudah menjaga bayi kecil. Sesekali abangnya memanggil "ibu" kerana kesakitan. Sesekali juga mengerang sendiri. Tapi kerap kali Ika tidak dapat melelapkan matanya. Bagi Ika, ia hanya satu bentuk mehnah yang terlalu kecil yang perlu ditempuhinya di jalan dakwah.

Ika menemani abang ngah ke klinik untuk check-up yang seterusnya dek kerana kesakitannya tidak berkurangan. Di klinik, Ika membantu mendaftarkan, ke makmal ujian dan berjumpa doktor. Alhamdulillah, segalanya selesai. Hanya satu yang sentiasa ada dihati, Ika mendoakan kesakitan yang Allah ujikan pada abangnya menyedarkan abangnya agar menginsafi kesilapan yang telah dilakukan. Doa itu tidak putus2 dipanjatkan pada Ilahi.

Pulang di rumah, Ika kembali menyambung tugas membantu kerja2 ibu. Abang ngahnya hanya berbaring dan berehat sehingga tertidur. Hari2 berlalu dengan cepat dan abang ngahnya semakin pulih. Dalam hari2 yang berjalan, apa yang berlaku hanyalah kosong tidak seperti yang diharapkan. Hatinya terasa kecewa namun Ika tetap redha dengan kehendak Ilahi yang menetapkan segala perjalanan kehidupannya dan keluarganya.Ika tidak putus asa. Dia tahu bahawa dia tidak mampu berbuat apa2 sedang Allah yang mengatur segala2nya.. Akhirnya, ika berserah dan terus menerus berdoa untuk kesejahteraan keluarga dan dirinya..........

sabar adalah sukar, kerana syurga itu terlalu mahal..

mintalah dari Tuhanmu yang Menciptakan.. Dia akan perkenankan..
"Jika Dia memperkenankan, bermakna Dia menyayangimu.
Jika Dia tidak memperkenankan, bererti Dia ingin memberikan sesuatu yang lebih baik.
Jika Dia lambat memperkenankan, bermaksud Dia ingin kamu jadi seorang hamba yang redha dan Dia telah menetapkan perjalanan yang terbaik buatmu.."

yakinilah Dia sepenuh hatimu......InsyaAllah


4 comments:

Amir Arshad said...

is dat karangan sebuah cerita atau pengalaman sebenar? penulisan yang tersusun. Pengorbanan si ika sangat besar namun hanya dia yang tahu.

Unknown said...

karangan yang baik~ ^_^

alFaqirah ilAllah.. said...

admin to kelbros:
ia adalah suatu olahan dr kisah benar..mg kita mendapat manfaat darinya..

alFaqirah ilAllah.. said...

to Mus'ab Si Jahil>

syukran..saya hargai..mg pengisiannya lbh baik dr sedia ada..truskan komen dn kritik..

Photobucket