Friday, April 9, 2010

Mushaf Ujian CintaNya..(Ujian)

UJIAN...

Suatu lelah yang sangat sarat untuk saya gambarkan.. Urm...dah lama rasanya saya tinggalkan teratak saya ni tanpa meninggalkan buah tangan untuk santapan rohani sahabat2 semua. Ampun maaf kepada kalian kerana saya diwaktu ini masih dalam tekanan memuncak melaksanakan dan menyiapkan tesis sains saya. Dalam keserabutan, ujian demi ujian menhujani membasahi lopak2 kudrat lemah seorang hamba Allah yang tenat.. Tenat dalam menghitung saki baki dunia. Bilakah akan berakhir segalanya?

Nabi berpesan: "Dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmin tetapi syurga bagi otang kafir."
Penat menghadapi apa yang sedang bejalan.. Namun, janji Allah tetap tidak pernah dimungkiri. Dia berjanji, pasti Dia akan tepati. Cuma kita, yang sering berjanji dan sering pula melanggari janji yang dibuat sendiri..

Ahh, saat2 begini, saya terlalu rindukan ibu dan kampung halaman.. Sukar sekali saya untuk dilanda sakit rindu yang sarat begini. Makan tetap ditunaikan kewajipannya namun lidah ini tak mampu menelan seperti selalunya. Pilihan2 makanan yang pelbagai tak mampu menarik selera saya untuk makan seperti kebiasaan. Saya terlalu lelah dengan tekanan2 yang tercipta di sini.. Saya menjadi terlalu rindu untuk mendapatkan buah nasihat dan bicara dari seseorang yang amat saya rindui yang selamanya saya tak mungkin ketemu dengannya lagi.. Allah, lelahnya menghadapi fatamorgana dunia yang fana ini.

Sedikit2 terimbau sirah Nabi tatkala baginda diuji Allah dengan kehilangan insan2 penting di saat baginda terlalu memerlukan mereka. Allah, hebatnya baginda Nabi. Baginda berjuang menegakkan Islam sedang saya belum lagi melakukan apa2 sudah bagai nyawa2 ikan. Aduhai....begitu mudah untuk mengalah dengan tekanan dunia yang ibarat baru sekecil molekul2 air.

"Ukhti, ukhti xboleh mengalah.. ukhti kena kuat sebab ukhti seorang kuat.. ukhti tak boleh terus mengalah. Rebah tetap bangun kembali berdiri. Ukhti, ingatkah ukhti pada pengorbanan baginda Nabi s.a.w. dengan sepanjang hayatnya dikorbankan sepenuhnya untuk sampaikan Islam kepada umatnya? Ingatkah ukhti tatkala Allah menghantar bantuan dalam Ghuzwah al-Badar? Ingatkah ukhti tatkala baginda Nabi cedera parah dalam Ghuzwah Uhud? Kerana apa ukhti? Kerana apa? Ukhti hanya tahu baca sirah, tapi ukhti tak faham!!! Kerana kita, ukhti.. Kerana kita!! Kerana perintah Allah pada baginda Nabi agar disampaikan kepada kita.. Tapi lihatlah ukhti sekarang!! Belum dicerca, belum dihina, belum dimaki, belum menghadapi tentangan seperti sahabat2 baginda apatah lagi seperti baginda Nabi, ukhti sudah mengalah, mengeluh resah?? Bayangkan ukhti, andai Rasulullah melihat ukhti dalam keadaan ini? Apakah baginda gembira? Jangan jadi muslimah yang lemah, yang mudah rebah.. TAPI.. Jadilah muslimah mukminah yang tegar, tetap istiqamah dn terus berjuang untuk umatnya. Ukhti.. kita dah berada di akhir zaman. Maka, berbahagialah dan tetapkanlah hatimu menjaga sunnah Nabi.. Moga kita mendapat syafaat baginda di sana kelak"


Bangkit kembali dari kelelahan yang menyentak jiwa.. Berteleku pilu di tadahan doa seorang hamba pada Penciptanya. Kembali merebahkan diri sujud pada kekuasaanNya. Jadi malu sendiri. Itu yang perlu. Kerana barangkali sudah lama menyibukkan diri dengan urusan kelalaian, sedang mengabaikan Yang setia memerhati, Yang setia menanti, Yang setia memberi, Yang mengasihani dn mengasihi, Yang tetap ada mendengar luahan tatkala tiada yang sudi memandang.. Kembali kepada yang setia. Sedang ramainya begitu. Ya, kita seringkali mencariNya hanya di ketika kita dalam kepayahan, kesempitan sedang tatkala lapang, senang, lenang, terlupa seketika, malah ada yang terlupa terus. "Na'uzubillah, jauhkan aku dari semua itu.."

Dalam awangan, saya kembali membetulkan duduk yang sedikit tersasar dari tempatnya. Ada sedikit perasaan tenang tulus menyusup di celahan kerisauan yang berkerudung sejak memasuki short sem ni. Kepayahan yang melemaskan dada. Adakalanya saya masih bingung memikirkan, apa tindakan saya seterusnya? Apa yang saya bisa lakukan? Jawapan yang kadang2 sukar dicari, adakalanya sengaja direka2 agar nampak lebih tersusun yang padahal semakin mengusut dalam benak fikiran.

Semalam, saya tetiba dilanda perasaan rindu pada angah. Jadi, saya menelefon. Ternyata benar, Allah menghantar isyarat supaya saya tahu bahawa angah tidak sihat. Dilanda demam. Dan baru sekejap tadi angah BUZZ saya melalui ym. Allahuakbar!! Nyata kuasaMu Maha Sempurna. Ada masalah lain disebalik demam yang melanda angah. Saya menjadi lebih risau dari sebelumnya. "Allah, dalam kepayahan dan kerendahan hati, aku pohon berikan nikmat kesihatan kepada angah. Jauhkan angah dari perkara yang tidak baik. Redhakan hati angah agar tabah dan sabar dengan ujian yang Engkau berikan padanya..Allah, aku lemah.Maka, dengan kelemahan kudratku, aku minta padaMu yang Maha Kuasa..peliharalah kami dari siksa azab nerakaMu dan peliharalah kami dari murkaMu...amiin"

Tarian tinta kehidupan masih berjalan dan terus berjalan. Kadang dirasakan, kadang tidak diendahkan. Apapun, bukan itu yang menjadi taruhan. Nilaian Allah jua yang menjadi sasaran. Namun, terkadangnya hati tetap bimbang andai kalam yang menari untuk kebaikan disalah tafsirkan. Allah, aku pohon ia dijauhkan..
Esok akan menjelma lagi jika kiamat masih belum ditakdirkan.. Tapi corak esok entah bagaimana.. mendungkah? ada pelangikah? panaskah? atau hujankah? ataukah mungkin kemarau bahkan mengundang banjir? Semua terjawab dalam takdir cinta Ilahi.. Ya Rabb, jadikan aku di hari esok lebih baik dari aku di hari ini.... amiin.......................




No comments:

Photobucket