Thursday, April 29, 2010

INGAT: TABAHkanlah hatimu...



Tetapkanlah langkah walau hanya mampu berjalan dengan siku. Kerana Allah menjanjikan kemudahan selepas kesusahan. Dan Dia menegaskan sekali lagi bahawa selepas kesusahan akan datang kesenangan.. Bersabarlah dan tetapkanlah hati walau hidup hanya mampu berbumbungkan daun pisang dan berlantaikan sebilah papan. "Allahurobbuna sallimna, wa sallim diinana, wsallim tauhiidana, wasallim ma'rifatana, wasallimna ya Allah, birohmatika ya Arhamarrohimiin......"


Bertali arus dugaan tiba

Menakung sebak airmata

Namun tak pernah pun setitis

Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya




Wednesday, April 28, 2010

Mushaf Ujian CintaNya..(Bangkit)

BANGKIT...

Dalam kesibukan, dalam tekanan, aku mencari peluang..
Atas amanah yang telah dipertanggungjawabkan padaku,yang sebenarnya juga pada semua saudara2ku di luar sana..
Kerana kebimbangan ini semakin sarat di benakku dan mereka2 yang bergelar daie. Dan aku tak mahu berdiam diri, tapi..
Usahaku hanya sekecil ini, kemampuanku belum aku teratasi..
Saudara2 dan adik2ku sekalian, ingin aku bawa kalian sama2 denganku kembali kepada fitrah yang cintakan kebenaran, yang inginkan kedamaian dan keindahan..yang kembali mencari Yang Haq, Yang Mencipta kita..

Lalu, kukongsikan tatapan ini…

renungilah dan bangunlah dari alpa yang membinasakan…..

Specially 4 me myself, my family and all of my lovely friends....


“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada lagi fitnah ( atas agama) dan ketaatan (agama) itu bagi Allah semata-mata. (Al-Baqarah: 193)”
Inilah misi Nabi s.a.w..
Inilah misi para sahabat..
Inilah juga misi kita….MISI AL-QURAN!!!


Misi membawa risalah ISLAM ke seluruh pelusuk alam..
Agar seluruh umat manusia tunduk dan taat..kepada ALLAH semata-mata..
Tapi kini…………..

Tiada siapa mahu memikul amanah ini..
DIMANAKAH SINGA-SINGA ISLAM???
DIMANAKAH PEMUDA-PEMUDA ISLAM??
UMMAH SENGSARA DAN DERITA…
Ratapan…
kehilangan…
kematian…
kebuluran…..
Dimanakah si pembela UMMAH??

Namun, dari kejauhan aku melihat umat Islam......
Mereka tidak tahu apakah tujuan hidupnya..
Misi utama……..sekadar mengejar cita-cita..
Sibuk dengan pelbagai urusan..
Sesekali cuba bergembira..
berhibur..
berseronok..
dengan segala hiburan…

HIDUP TANPA ARAH TUJUAN…..
UMPAMA JASAD TANPA ROH…

Lupakah mereka akan firman Allah:
“….kamu pasti akan ditanyai tentang apa yang telah kamu kerjakan.” (An-Nahl:93)
Lupakah mereka…..
Suatu hari…..
Roh akan berpisah dari jasadnya..
Pergi menemui Tuhannya..
Menunggu pengadilanNya..
Berdebar-debar menanti ucapanNya…:
*Salam*sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang.” (Yaasin:58)
Alangkah berbahagia mereka yang menerima ucapan ini..
Akan tetapi ada manusia yang akan menerima ucapan ini…:
“*Tinggallah dengan hina didalamnya, dan janganlah engkau berbicara dengan Aku*.” (Al-Mukminun:108)
Aduhai celakalah diri ini!!!
Oh Tuhan tidak sudikah Engkau berbicara denganku???
Aku ingin berbual-bual denganMU…

WAHAI ADIK-ADIKKU SAYANG….
Janganlah engkau terus leka..
Bangunlah dari lenamu yang panjang..
Sahutlah seruan Tuhanmu…
Disetiap langkahmu
Menuju Tuhanmu……….


Sunday, April 25, 2010

Mushaf Ujian CintaNya..(Amarah)

AMARAH...

Allah...keluhan panjang melepaskan kegusaran yang bersarang di pelupuk rona hati. Walaupun sepatutnya tiada keluhan atas apa jua yang berlaku..Tapi lemahnya kudrat hamba Allah yang terbukti memerlukanNya setiap masa. Semester pengajian yang dirasakan terlalu pendek malah lebih pendek dari waktu yang ada. Kekadang waktu yang ada dirasakan tidak mencukupi untuk melaksanakan semua perkara sekali gus.

"Alamak, ana takda sumber rujukan untuk
thesis ana ni. macamana ye?",keluhan kecil pengaduan kepada classmate. "Hmm..cuba cari kat UM, library dia bnyak rujukn",cadang classmate.
Masa berlalu. Pelbagai sumber di cari di laman2 maya memandangkan terlalu sukar untuk ke UM(alasan semata2). Hari2 yang berlalu, banyak perkara yang berlaku.

Suatu hari, dapatlah seorang sahabat yang dapat membantu.. Alhamdulillah.. MasyaAllah, syukur Allah bukakan jalan. Tapi, ada sedikit masalah yang berlaku di sebaliknya..
"Eee..geramnya.."(timbul rasa marah apabila apa yang terjadi tidak selari dengan apa yang diinginkan malah dirasakan sukar dan menyukarkan)

Astaghfirullah......"aku mohon keampunanMu ya Allah"
Marah? Kenapa kita marah? Kepada siapakah kita hamburkan kemarahan kita tersebut? Untuk apa kita marah? Untuk menunjukkan perasaan? Protes?
Mari kita semak balik, kenapa kita marah? bertempatkah kemarahan kita?
Banyaknya kemarahan kita selalu tidak bertempat.

Aduhai...Siapalah kita untuk marah? Apakah layak untuk kita dengan sengaja dan suka2 hati untuk marah kepada orang lain yang tiada salah silap pada kita? Geram? Alahai adik, kan sama tu? Hmm...mari tanya balik diri kita. Ingatkan semula apa yang saya dan kalian lupa..

Lupakah kita pada diri kita sendiri yang seringkali melakukan kesilapan? Lupakah kita bahawa setiap orang ada kekurangan? Lupakah kita untuk menerima dan berlapang dada dengan orang lain kerana kita dan dia tiada beza, bahawa dia dan kita adalah hamba Allah jua? Ya, kita dah lupa banyak perkara..

Dan
ada satu lagi perkara yang kita semua selalu terlupa, terleka..
Di saat kemarahan membuak2 dihamburkan pada orang lain samada secara zahir mahupun sembunyi, kita lupa...
Kita lupa bahawa kemungkin Allah juga sedang marah pada kita??
Kita marah kerana orang lain melakukan kesilapan dengan kita..
Sedang kita lupa bahawa kita selalu dan banyak melakukan kesilapan padaNya..

Belum lagi ditambahi dengan
sikap kita yang terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya pada kita..
Alahai diri...layakkah untuk memarahi orang lain??
Marahilah dan insafilah kesilapan diri sebelum kita memarahi orang lain..
Dan ingatlah bahawa MARAH itu sikap syaitan..
Maka, apakah saya mahupun kalian ingin menjadi sahabat syaitan?

"Ya Allah, berikn daku kekuatan untuk menghadapi mehnah dunia dan jadikanlah daku hamba yang berlemah-lembut dalam menghadapi urusan dunia lebih lagi tatkala daku menghadapMu..amiin"

Jangan marah ye!! =)

Tuesday, April 20, 2010

Mushaf Ujian CintaNya..(Kesakitan)

KESAKITAN....

“Su, along di hospital ni. Abang Ngah masuk wad kecemasan. Dari semalam lagi angah sakit perut. Dah ke klinik tapi masih takda perubahan.” Mesej memasuki ruangan inbox handphonenya seawal jam 4pagi. Bingkas Ika bangun dari lenanya yang bagai tidur2 ayam. Suatu kebimbangan menerjah ruangan tenang hatinya mengganggu kantuk tidurnya. Saat orang lain masih dibuai mimpi, saat alam masih bergelap gelita, Ika seolah menghitung masa munculnya mentari pagi. Berada di tempat yang asing bagi dirinya menambahkan rasa rindunya untuk terus pulang ke rumah.

Keheningan dan kedinginan pagi seolah tidak dirasakan lagi. Ika kemudian bangkit menghampiri bilik air. Dia menyucikan diri dan berwudhu’. Dia akan selalu begitu, lebih lagi di saat dia perlukan tempat mengadu. Itulah yang sebaiknya. Benar, Allah sangat suka bila hambaNya mengadu padaNya walaupun Allah lebih dahulu mengetahui apa yangberlaku. Berteleku hiba Ika menadah tangan memohon kekuatan dan ketenangan atas ujian yang melanda diri dan keluarganya. Jernihan airmata sendu mengalir lesu basah dipipi tidak terasa olehnya. Ika terus leka dalam tahajudnya melewati ke subuh.

“Aaaaa…Aduuuuhhhh..”, raungan dari seorang lelaki muda seusia 20-an menahan kesakitan. Ika semakin laju berjalan memasuki perut rumah. Dilihat lelaki itu sedang mengerang kesakitan yang tak tertahan. Kebimbangan semakin sarat menyesaki dadanya. Ika terus menghampiri abang kesayangannya. Itulah satu2 anak lelaki tunggal ibunya. Hatinya terlalu pilu melihat lelaki itu. Terus didapatkan abangnya untuk menghulurkan bantuan. Begitulah selalunya. Ibu bahkan kakak2nya seringkali mengharapkan Ika dalam hal ehwal kesihatan dan hospital disebabkan dia menuntut dalam bidang tersebut.

Hampa perasaan dirasakan lantaran kehadiran Ika bukan sahaja tidak diterima baik oleh abangnya tapi juga dimarahi serta merta. “Allah, ana salahkah?”, hati kecilnya bermonolog sendiri. Namun Ika cuba kuatkan hati berdepan situasi itu yang sebenarnya sudah acapkali dilaluinya. "Abang Ngah tengah sakit, dia perlukan rehat dan mungkin cara ana yang salah", Ika cuba menenangkan hatinya.

Ika kesian melihat abang ngah yang terbaring dengan kepayahan. Sesekali dia mengambil ubat mengurut kaki abangnya (mengaplikasi rawatan refleksologi). Alhamdulillah kelihatan sedikit lega. Abangnya juga sudah tertidur keletihan. Sesekali tersedar kesakitan dan raungannya menggegarkan ruang rumah yang bersederhana luasnya. Ika tetap setia menjaga abangnya. Dimasak makanan tengahari untuk abangnya dan disuapkan sendiri olehnya. Sesekali lelaki itu memarahinya. Namun Ika tetap bertahan untuk menjaga kebajikan abangnya. Tambah lagi hanya Ika dan ibunya sahaja yang ada di rumah. Sedang kakaknya bekerja.

Sebelah malam.....
Dalam keadaan yang tidak menentu tersebut, lelaki itu perlu ditemani kerana dibimbangi berlaku apa2 pada padanya di lewat malam. Oleh kerana malam sebelumnya, ibu sudah berjaga, jadi Ika mengambil keputusan untuk menjaga angah pada malam tersebut.Rupa2nya, menjaga orang sakit tidak semudah menjaga bayi kecil. Sesekali abangnya memanggil "ibu" kerana kesakitan. Sesekali juga mengerang sendiri. Tapi kerap kali Ika tidak dapat melelapkan matanya. Bagi Ika, ia hanya satu bentuk mehnah yang terlalu kecil yang perlu ditempuhinya di jalan dakwah.

Ika menemani abang ngah ke klinik untuk check-up yang seterusnya dek kerana kesakitannya tidak berkurangan. Di klinik, Ika membantu mendaftarkan, ke makmal ujian dan berjumpa doktor. Alhamdulillah, segalanya selesai. Hanya satu yang sentiasa ada dihati, Ika mendoakan kesakitan yang Allah ujikan pada abangnya menyedarkan abangnya agar menginsafi kesilapan yang telah dilakukan. Doa itu tidak putus2 dipanjatkan pada Ilahi.

Pulang di rumah, Ika kembali menyambung tugas membantu kerja2 ibu. Abang ngahnya hanya berbaring dan berehat sehingga tertidur. Hari2 berlalu dengan cepat dan abang ngahnya semakin pulih. Dalam hari2 yang berjalan, apa yang berlaku hanyalah kosong tidak seperti yang diharapkan. Hatinya terasa kecewa namun Ika tetap redha dengan kehendak Ilahi yang menetapkan segala perjalanan kehidupannya dan keluarganya.Ika tidak putus asa. Dia tahu bahawa dia tidak mampu berbuat apa2 sedang Allah yang mengatur segala2nya.. Akhirnya, ika berserah dan terus menerus berdoa untuk kesejahteraan keluarga dan dirinya..........

sabar adalah sukar, kerana syurga itu terlalu mahal..

mintalah dari Tuhanmu yang Menciptakan.. Dia akan perkenankan..
"Jika Dia memperkenankan, bermakna Dia menyayangimu.
Jika Dia tidak memperkenankan, bererti Dia ingin memberikan sesuatu yang lebih baik.
Jika Dia lambat memperkenankan, bermaksud Dia ingin kamu jadi seorang hamba yang redha dan Dia telah menetapkan perjalanan yang terbaik buatmu.."

yakinilah Dia sepenuh hatimu......InsyaAllah


Friday, April 9, 2010

Mushaf Ujian CintaNya..(Ujian)

UJIAN...

Suatu lelah yang sangat sarat untuk saya gambarkan.. Urm...dah lama rasanya saya tinggalkan teratak saya ni tanpa meninggalkan buah tangan untuk santapan rohani sahabat2 semua. Ampun maaf kepada kalian kerana saya diwaktu ini masih dalam tekanan memuncak melaksanakan dan menyiapkan tesis sains saya. Dalam keserabutan, ujian demi ujian menhujani membasahi lopak2 kudrat lemah seorang hamba Allah yang tenat.. Tenat dalam menghitung saki baki dunia. Bilakah akan berakhir segalanya?

Nabi berpesan: "Dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmin tetapi syurga bagi otang kafir."
Penat menghadapi apa yang sedang bejalan.. Namun, janji Allah tetap tidak pernah dimungkiri. Dia berjanji, pasti Dia akan tepati. Cuma kita, yang sering berjanji dan sering pula melanggari janji yang dibuat sendiri..

Ahh, saat2 begini, saya terlalu rindukan ibu dan kampung halaman.. Sukar sekali saya untuk dilanda sakit rindu yang sarat begini. Makan tetap ditunaikan kewajipannya namun lidah ini tak mampu menelan seperti selalunya. Pilihan2 makanan yang pelbagai tak mampu menarik selera saya untuk makan seperti kebiasaan. Saya terlalu lelah dengan tekanan2 yang tercipta di sini.. Saya menjadi terlalu rindu untuk mendapatkan buah nasihat dan bicara dari seseorang yang amat saya rindui yang selamanya saya tak mungkin ketemu dengannya lagi.. Allah, lelahnya menghadapi fatamorgana dunia yang fana ini.

Sedikit2 terimbau sirah Nabi tatkala baginda diuji Allah dengan kehilangan insan2 penting di saat baginda terlalu memerlukan mereka. Allah, hebatnya baginda Nabi. Baginda berjuang menegakkan Islam sedang saya belum lagi melakukan apa2 sudah bagai nyawa2 ikan. Aduhai....begitu mudah untuk mengalah dengan tekanan dunia yang ibarat baru sekecil molekul2 air.

"Ukhti, ukhti xboleh mengalah.. ukhti kena kuat sebab ukhti seorang kuat.. ukhti tak boleh terus mengalah. Rebah tetap bangun kembali berdiri. Ukhti, ingatkah ukhti pada pengorbanan baginda Nabi s.a.w. dengan sepanjang hayatnya dikorbankan sepenuhnya untuk sampaikan Islam kepada umatnya? Ingatkah ukhti tatkala Allah menghantar bantuan dalam Ghuzwah al-Badar? Ingatkah ukhti tatkala baginda Nabi cedera parah dalam Ghuzwah Uhud? Kerana apa ukhti? Kerana apa? Ukhti hanya tahu baca sirah, tapi ukhti tak faham!!! Kerana kita, ukhti.. Kerana kita!! Kerana perintah Allah pada baginda Nabi agar disampaikan kepada kita.. Tapi lihatlah ukhti sekarang!! Belum dicerca, belum dihina, belum dimaki, belum menghadapi tentangan seperti sahabat2 baginda apatah lagi seperti baginda Nabi, ukhti sudah mengalah, mengeluh resah?? Bayangkan ukhti, andai Rasulullah melihat ukhti dalam keadaan ini? Apakah baginda gembira? Jangan jadi muslimah yang lemah, yang mudah rebah.. TAPI.. Jadilah muslimah mukminah yang tegar, tetap istiqamah dn terus berjuang untuk umatnya. Ukhti.. kita dah berada di akhir zaman. Maka, berbahagialah dan tetapkanlah hatimu menjaga sunnah Nabi.. Moga kita mendapat syafaat baginda di sana kelak"


Bangkit kembali dari kelelahan yang menyentak jiwa.. Berteleku pilu di tadahan doa seorang hamba pada Penciptanya. Kembali merebahkan diri sujud pada kekuasaanNya. Jadi malu sendiri. Itu yang perlu. Kerana barangkali sudah lama menyibukkan diri dengan urusan kelalaian, sedang mengabaikan Yang setia memerhati, Yang setia menanti, Yang setia memberi, Yang mengasihani dn mengasihi, Yang tetap ada mendengar luahan tatkala tiada yang sudi memandang.. Kembali kepada yang setia. Sedang ramainya begitu. Ya, kita seringkali mencariNya hanya di ketika kita dalam kepayahan, kesempitan sedang tatkala lapang, senang, lenang, terlupa seketika, malah ada yang terlupa terus. "Na'uzubillah, jauhkan aku dari semua itu.."

Dalam awangan, saya kembali membetulkan duduk yang sedikit tersasar dari tempatnya. Ada sedikit perasaan tenang tulus menyusup di celahan kerisauan yang berkerudung sejak memasuki short sem ni. Kepayahan yang melemaskan dada. Adakalanya saya masih bingung memikirkan, apa tindakan saya seterusnya? Apa yang saya bisa lakukan? Jawapan yang kadang2 sukar dicari, adakalanya sengaja direka2 agar nampak lebih tersusun yang padahal semakin mengusut dalam benak fikiran.

Semalam, saya tetiba dilanda perasaan rindu pada angah. Jadi, saya menelefon. Ternyata benar, Allah menghantar isyarat supaya saya tahu bahawa angah tidak sihat. Dilanda demam. Dan baru sekejap tadi angah BUZZ saya melalui ym. Allahuakbar!! Nyata kuasaMu Maha Sempurna. Ada masalah lain disebalik demam yang melanda angah. Saya menjadi lebih risau dari sebelumnya. "Allah, dalam kepayahan dan kerendahan hati, aku pohon berikan nikmat kesihatan kepada angah. Jauhkan angah dari perkara yang tidak baik. Redhakan hati angah agar tabah dan sabar dengan ujian yang Engkau berikan padanya..Allah, aku lemah.Maka, dengan kelemahan kudratku, aku minta padaMu yang Maha Kuasa..peliharalah kami dari siksa azab nerakaMu dan peliharalah kami dari murkaMu...amiin"

Tarian tinta kehidupan masih berjalan dan terus berjalan. Kadang dirasakan, kadang tidak diendahkan. Apapun, bukan itu yang menjadi taruhan. Nilaian Allah jua yang menjadi sasaran. Namun, terkadangnya hati tetap bimbang andai kalam yang menari untuk kebaikan disalah tafsirkan. Allah, aku pohon ia dijauhkan..
Esok akan menjelma lagi jika kiamat masih belum ditakdirkan.. Tapi corak esok entah bagaimana.. mendungkah? ada pelangikah? panaskah? atau hujankah? ataukah mungkin kemarau bahkan mengundang banjir? Semua terjawab dalam takdir cinta Ilahi.. Ya Rabb, jadikan aku di hari esok lebih baik dari aku di hari ini.... amiin.......................




Photobucket