Showing posts with label nukilan hati... Show all posts
Showing posts with label nukilan hati... Show all posts

Thursday, July 8, 2010

Setahun berlalu...ku merinduimu.....

Alhamdulillah wa syukran lillah....

Dengan keizinan, rahmat dan limpahan nikmat dariNya, selepas dugaan demi dugaan menghalang, akhirnya saya dapat meneruskan pengajian  di peringkat ijazah, di Universiti Islam Antarabangsa..Sujud syukur dan rasa syukur yang tak terhingga dipanjatkan..Walaupun kedatangan saya ke kampus baru tidak ditemani oleh insan2 yang paling rapat dalam hidup saya iaitu arwah ayah dan arwah adik fatima, saya perlu teruskan perjuangan di medan ini...


Pendaftaran selesai pada 2 Julai 2010..Hari ini, genaplah setahun insan yang paling saya sayang meneruskan perjalanan di alam yang lain. 8 Julai 2009 sentiasa terpahat dalam ingatan..Perpisahan yang tiada sementara bahkan yang panjangnya tidak mampu dikira oleh kita yang bernama manusia. Moga bertemu semula disyurgaNya..amiin


Setelah pemergian arwah ayah, saya jarang sekali bermimpikan arwah..kalau ada pun, sangat samar2 dan tak ingat apa yang dimimpikan dan kadang2 tak logik difikiran. Dan pada malam 3 Julai, saya bermimpikan arwah..dalam mimpi tu, saya bergurau2 dengan arwah di rumah lama (sekarang dah pindah rumah baru). Saya telah sorokkan barang arwah. Saya menyorok ke sana ke mari sambil arwah terus mencari2. Dia cari di sana, saya lari ke sini, dia cari di sini, saya lari pula ke sana..Sehingga arwah naik angin dan putus asa. Maka akhirnya saya keluar tapi saya buat tak tahu je sedang barang tu di pemeluk saya. Bila arwah tengok saya, dia cuit dari belakang. Dia kelihatan marah tapi dia tak jadi marahkan saya.....Dan saya terbangun dari lena.. Aduhaiiii.......mimpi..mimpi..


Tapi saya gembira kerana dalam mimpi ni saya dapat lihat wajah arwah dengan jelas sekali. terubat jugak rindu di hati..Betullah kata seorang sahabat saya," selalunya kita tak mimpikan dia waktu kira tersangat2 rindukan dia tapi kita akan mimpikan dia sewaktu kita tidak banyak fikirkan tentang dia"...Ada juga betulnya. Aduhai, rindu itu datang lagi.. 

Masih saya ingat sewaktu arwah ayah saya mula2 pergi, 'makcik' iaitu adik arwah ayah saya pernah tanya kami adik-beradik, ada termimpikan arwah atau tak? Masa tu, kak long dan kak ngah je ada mimpikan arwah ayah. Lalu makcik tanya pula kpd saya. Bila saya kata tak, makcik kata ayah tak sayangkan saya walaupun saya merupakan anak yang paling rapat dengan arwah.Aduuuhh, terkilan sungguh saya masa tu. Tapi saya tak mampu berikan apa2 komen. Cukuplah saya tunaikan tanggungjawab saya kepadanya dengan meneruskan amanah yang ditinggalkan dan terus tak putus2 mendoakan kesejahteraannya di sana...


Pejam celik, dah cukup setahun saya tak menatap dan mendengar suaranya yang seringkali memberi inspirasi dan kekuatan untuk saya menghadapi liku2 dan duri2 kehidupan..Yang  tinggal hanyalah pesanan dan kenangan bersamanya..

Untuk akhirnya, saya ingin berpesan kepada sahabat2 yang terbaca dan yang sudi membaca blog saya,
"Sayangilah, cintailah dan hormatilah ibu dan ayah kita. Berbaktilah kepada mereka sewaktu mereka masih bersama kita. Maut tak tunggu kita dan tak kenal siapa. Jangan tunggu2, kerana mungkin sampai masanya kita tak sempat memohon kemaafan darinya..Andai esok tiada lagi...Andai ini subuh yang terakhir...."


Adek sayang ayah...al-fatehah buat ayahanda tercinta, MAT ABD GHANI BIN ABDULLAH BIN ISMAIL..


Wassalam

Thursday, April 29, 2010

INGAT: TABAHkanlah hatimu...



Tetapkanlah langkah walau hanya mampu berjalan dengan siku. Kerana Allah menjanjikan kemudahan selepas kesusahan. Dan Dia menegaskan sekali lagi bahawa selepas kesusahan akan datang kesenangan.. Bersabarlah dan tetapkanlah hati walau hidup hanya mampu berbumbungkan daun pisang dan berlantaikan sebilah papan. "Allahurobbuna sallimna, wa sallim diinana, wsallim tauhiidana, wasallim ma'rifatana, wasallimna ya Allah, birohmatika ya Arhamarrohimiin......"


Bertali arus dugaan tiba

Menakung sebak airmata

Namun tak pernah pun setitis

Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya




Thursday, March 4, 2010

KOPI dan SUSU??



Cetusan ilham ini ditujukan khusus buat sahabat2, kawan2, teman2 dan semua yang menghargai erti persahabatan.....

Ibarat KOPI dan SUSU.. zahirnya tak pernah bersama. asing-asing.. kedua-duanya berbeza. mempunyai tabie yang berbeza. KOPI itu pahit. selamanya ia tetap pahit. begitu lumrahnya. dan SUSU pula manis. semanis rasanya..berbeza ketara..satunya putih dan satu lainnya hitam..siapa pun yang melihatnya, pasti mengenali antara keduanya..

Tapi bila suatu saat ia bertemu di pertemuan indah yang diaturkan Tuhan, kedua-duanya mampu bersama..bersatu menjadi sesuatu ang baru iaitu 'KOPI SUSU'. Dalam kehidupan ia bernama 'PERSAHABATAN'...bila keduanya bertemu, sebati jiwanya, memahami dan difahami..indah dan manis ukhwah terasa..syahdu sekeliling merasainya..begitu sekali pengaruhnya..

Tapi berwaspadalah, dalam persahabatan banyak ujian dan dugaan..Umpama kopi dan susu...andai kita pandai mengadunkannya dengan kuantiti dan nilai tertentu, sudah tentu baik hasilnya.. namun, andai kita tersilap langkah, terleka dan membiarkan ia terdedah kepada virus2 yang tak sepatutnya,ia akan menjadi masam. seluruhnya akan gusar lantarannya..

Begitulah yang dinamakan 'PERSAHABATAN'.

Kopi dan susu tak sukar utuk dijaga..Tapi sebaliknya bagi ikatan yang dinamakan sebagai persahabatan.. Sukar ditemui, sukar untuk dijaga dan sukar juga untuk melepaskannya..

So, moral of the story di sini, belajarlah untuk buat 'KOPI SUSU' yang paling sedap....hehehe..bukanlah!!silap tu..belajarlah menjadi sahabat yang baik kepada sahabat baik kita jika kita adalah sahabat baik yang mahukan sahabat yang juga baik buat baik pada kita..
wassalam...
petikan dari blog terdahulu...

Friday, February 26, 2010

Ana kangan sama abi!!!


Ana kangan sama abi...

Abi?
Itu bukan panggilan buatmu..
Namun,
Itulah suara hati ini memanggilmu..

Saat ini,ana telah selesai menduduki peperiksaan semester di kampus..
Saat ini,ana rindu pada sang umi, kakak2 dan abang di kampung halaman..
Saat ini,ana terkenang memori semalam bersama insan yang paling ana sayang..

Saat itu,
Ketika itu,
Waktu itu..
Suatu masa yang hampir sama,
Ana menghadapi peperiksaan,
Seperti biasa,
Semua akan menghubungi ibubapa masing2 untuk mohon restu dan doa..
Ana tidak terkecuali sungguhpun ia kadangnya tidak terlaksana..
Apa katanya?
"InsyaAllah, ayoh sokmo doa..semaye hajat kurey2 seminggu sekali..ari senin ko.ayoh wak ari senin sokmo.hok penting, doa kito sediri.kito hok nok.kito tu keno buat jugok.."
Ana kangan sama abi..

Saat lainnya,
Ketika ujian Ilahi meniti halus mengerlus ubun2 sabar,
dia menjadi wasilah kekuatan..
Dari jauh disampaikan salam,
Tanpa mampu dan perlu mengadukan kata,
Insan itu lebih dahulu menuturkan kata:
"Bakpo ni?ado gapo ni?ermmm..acu royak ko ayoh, ado gapo ni?
"Tak dop gapo..Sajo jah nok dengar soro ayoh.rinduu"
"Uhh, jolo ko?lain jah bunyi?....."
Berubah nadanya menjadi seorang bapa yang amat penyayang dari seorang yang garang..
Ana kangan sama abi..

Ana kangan sama abi..
Nasihatnya,
Kisahnya,
Tegurannya,
Sinisnya,
Arahannya,
Bisa memandu anak ini mencari arah dan jalan hidup..
Bisa menjadi semangat padu buat anak ini bangun dari lelah dan payah..
Bisa menguatkan hati anak ini berjiwa besar bila berdepan dengan dunia..
Ana kangan sama abi..

Abi..
Kisahmu menjadi iktibar,
Tuturmu menjadi pedoman,
Pesanmu menjadi ingatan,
Marahmu menjadi pengajaran,
Ana kangan sama abi..

Abi..
Ruginya kami acuh tak acuh mendengar pesananmu,
Ruginya kami melarikan diri saat bibirmu ingin berkongsi,
Ruginya kami tidak mendengar teguranmu,
Ruginya kami tidak mengikut katamu,
Ruginya kami tidak menuntut pengalamanmu yang maha berharga,
Ruginya kami tidak sempat membahagiakan hidupmu ke hujung nyawa,
Ruginya kami mengabaikanmu tatkala dikau perlukan kami,
Ruginya kami..
Ruginya kami..
Ana kangan sama abi..

Abi..
Kini dikau telah tiada di sini,
Bersama kami,
Menelusuri jalan2 yang masih tersisa,

Abi..
Maafkan ana tidak sempat memberikan yang terbaik buat abi..
Maafkan ana kerana terkasar bicara suatu ketika..
Maafkan ana terabaikan abi..

Ketahuilah abi..
Bahawa kami baru sedar yang kami benar sayangkan abi..
Bahawa kami sentiasa rindukan abi..
Bahawa kami akan sentiasa mendoakan abi..

Abi..Maafkanlah kesilapan kami..


Ya Allah, abiku insan mulia yang sangat kusayangi keranaMu..
Rabbi, ampuni dosa abi, umi dan keluargaku..
Rabbi, redhailah hambaMu itu..
Terangi kuburnya, lapangkan rumahnya, permudahkan soal-jawapan abi dengan munkar dan nakirMu dan jadikanlah kuburnya seperti sebuah taman dari taman2 syurgaMu..
Amiin ya Rabb..





Tuesday, January 19, 2010

Sanggupkah kita berkorban??


Sanggupkah kita berkorban??
Siapa kita? Anakkah? Bapakah? Ibukah? Seorang gurukah?

Siapakah yang paling banyak berkorban??
Anda?
Saya?
Kita berkorbankah selama ni?
Ikhlaskah?
Benarkah?
Dengan sombong kita mengaku telah banyak berkorban dalam hidup..
Apa yang telah kita korbankan?

Teringat perbualan antara lecturer math2 saya dengan classmates saya:
"kamu dari kelas ke? kelas apa tadi?"
"kelas chemistry",jawab mereka
"kesiannye, penat ya? itulah kehidupan sebagai pelajar"

Kehidupan?
Kepenatan?
Pengajian..

Suatu hari,sorang lecturer saya berkata kepada saya:
"hidup ni memang perlu banyak berkorban.."
Ya, sir. Saya setuju.
Hidup...Pengorbanan...hidup dan pengorbanan takkan dapat dipisahkan. Berkorban, tinggalkan keluarga tercinta untuk menuntut ilmu, mencari rezeki dan sebagainya..
Berkorban, menahan amarah dan bersabar menghadapi kerenah orang-orang di sekeliling seperti pengorbanan ibubapa pada anak-anak, pengorbanan anak-anak pada ibu bapa..

Ibubapa kita berkorban untuk kita.."Ibubapa" yang macamane? ada yang tidak mengenali ibubapa mereka, lalu mungkin tidak mampu untuk menilai besarnya pengorbanan mereka kepada anak.Tapi bagaimana dengan kita yang bergelar "anak"? Setiap orang di dunia pasti bergelar "anak" kepada ibubapa mereka melainkan Nabi Isa a.s. dan Nabi Adam a.s..Tapi tidak semua bergelar ibubapa..
Namun, pengorbanan siapakah yang lebih besar?

Pasti anda pernah mendengar kata2 ni:
~Seorang ibu mampu menjaga berbelas-belas anak namun sorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu~
Kerana apa?
Kasih sayang ibubapa adalah 'TIDAK BERSYARAT'..
buktinya?
Walau bagaimana jahat, hina atau derhaka anak itu, seorang ibu dan bapa tetap akan memaafkan anak mereka..TANPA SYARAT!!
Kita?

Sudahlah tinggal jauh dari keluarga, balik kampung nak jenguk ibubapa pun jarang2 sekali..Bukan sedikit anak-anak yang bila sudah berjaya, sedikit pun kejayaan mereka tidak dikongsi dengan ibubapa mereka.
Bila sampai saat tua ibubapa atau sampai saat uzur mereka, sanggupkah kita menjaga mereka?
Bila mereka meminta bantuan kita, memerlukan duit atas urusan2 tertentu, sanggupkah kita berikan sebahagian gaji atau simpanan kita kepada mereka dan menganggap sahaja sebagai sedeqah?Sanggupkah?
Sukarnya kita membuat keputusan..

Tapi..
Bila kita menangis sepanjang malam kerana kembung perut dan tidak lena tidur semasa kecil dahulu, ibu SANGGUP berjaga malam untuk menjaga kita..
Bila kita nak masuk sekolah, nak sambung belajar di IPT, ibubapa SANGGUP pajakkan bahkan gadaikan tanah untuk dapatkan duit biaya kita.

Siapa yang lebih berkorban??
Ini baru sahaja pengorbanan ibubapa..

Bagaimana pula pengorbanan Kekasih mulia Junjungan besar,Rasulullah s.a.w.??
Kita belum lagi dikutuk, ditolak kertas kerja program, dihalang di lapangan dakwah...
Apatahlagi dihina, dilempar batu dan najis, dihalau, diusir dari kampung halaman, diugut bunuh dan sebagainya yang lebih berat sebagaimana yang dihadapi oleh Baginda Nabi..ini pun sudah mengaku berkorban..
Berkorbankah kita?

Rasanya kita belum layak untuk bercakap soal pengorbanan..Fahamkan dulu erti menghargai nikmat Islam dan Iman yang Allah kurniakan..Islamkah kita sebagai muslim?
Kita mengaku muslim, tapi solatkah?
Jika solat, awalkah?
Jika awal, khusyukkah? Sedarkah kita Nabi telah meminta dengan Allah untuk dikurangkan bilangan waktu solat pada kita sehingga apa yang kita ada hari ini..Kerana apa?kerana Nabi tahu kita takkan mampu melaksanakan waktu solat yang banyak..kerana di akhir zaman nanti, manusia akan lebih sibuk dengan urusan dunia..

Ramai yang puasa, tapi tidak mengerti erti puasa..malah yang lebih adalah yang ponteng puasa, memuaskan nafsu makan yang tidak pernah puas.sedang kita lupa bahawa Kekasih kita, Nabi telah berlapar dengan mengikat 3biji batu di perutnya sehingga didengari oleh sahabat2..Peristiwa yang berlaku ketika menggali parit (Khandak).

Moga Allah ampuni dosa kita lantaran mengejar dunia melebihi akhirat..
Mari muhasabah diri..
Berkorbankah kita?


Tuesday, September 29, 2009

Coretan sepi 1..


Ketawa dan suka ria perlu menghiasi dan mewarnai kehidupan.Kerana ia sebahagian dari kebahagiaan bagi insan..
Tapi, yang seringkali mendatang adalah kedukaan dan keperitan..
Andai ketawa sudah tak mampu melakari ruang, cukuplah ketenangan mendalam yang dihadiahkan Tuhan untuk dijadikan bekalan hidup yang belum padam..
Andai lilin sudah semakin surut, jangan biarkan semangat hidup turut menjejaki rentaknya lantaran kencangnya angin memukul sabar..
Biar sabar dan redha itu menjadi umbi kekuatan rohani insani..agar nanti, bila tiba waktunya, kita mampu tersenyum manis menanti saat indah bertemu Tuhan Rabbul alamin...

Sunday, August 30, 2009

Resah..Rindu.....



Ya Allah, duka apakah yang sedang melanda hambaMu ini??
Menghimpit meresahkan jiwa..
Entah angin apa yang melanda kalbu..
Meruntun diri,meronta-ronta mencari..
Rindu ini tak tertahan lagi..



Termangguku di birai hari, puas sudah mendidik hati, penat sudah memerah fikir mencari diri..
Di manakah hamba ini berada??
Adakah masih di alam nyata??
Mengapa keresahan ini sarat melanda??
Bertimpa-timpa memberati bahu yang terpaksa bertatih semula..

Oh....dimanakah sayap kanan dan kiriku???
Uhh....hambaMu ini terlupa..
Sayap kananku telah patah..
Dan sayap kiriku juga lemah kurang berdaya..




Lalu seharusnya kini, hambaMu ini sedar bahawa sudah sampai masanya untuk membina sayap sendiri, mencari arah haluan kapal sendiri..
Ya Allah, sungguh lautan ini sangat dalam..
Sering bergelora..badainya hebat melanda..
Apakah diri ini berjaya untuk melabuhkan pelayaran sukar ini dengan selamat??
Bantulah hambaMu ini ya Allah..
Betapa takutnya hamba ini..



Ya Allah, hamba ini berseorangan..
Takutnya hamba untuk meneruskan perjalanan..Bimbang layar punah..Risau pada nakhoda andai hilang arah..kerana nakhoda muda ini masih jahil tentang dunia dan isinya..

Ayah,
kini baruku tahu beratnya bebanan dan tugasmu semasa hayatmu..
Ayah,
sungguh dikau lah insan yang paling kukagumi selepas Rasul Junjungan..
Ayah,
dikau telah pergi meninggalkan amanahmu ke pundak ini..
pergimu untuk meneruskan perjalananmu di daerah sana..
Ayah,
beratnya kaki ini untuk meneruskan langkah..
Ayah,
masih kuingat waktu itu....
waktu kita sama-sama berkongsi masalah..
waktu kita sama-sama mencari jalan penyelesaian..dan
waktu itu kita sama-sama ikhtiar untuk yang terbaik..
walaupun ayah selalu cakap "ayah penat, adek lah buat..ayah dah tak larat"
tapi Ayah,
adek tahu bahawa insan bernama 'ayah' ini tidak pernah putus asa berusaha yang terbaik untuk keluarga..
betapa kagumnya adek pada ayah..
Ayah,
ayah dah tinggalkan semua susah, sedih dan sakit ayah..
Ayah,
sungguh adek masih perlukan ayah..
Selamanya..
Ayah lah inspirasi dan sumber kekuatan diri ini....

Ya Allah..
Terima kasih kerana meminjamkan hamba seorang insan bernama ayah..
biarpun hanya 20 tahun, tapi kehadirannya telah Engkau titipkan kekuatan luar biasa buat hamba kerdil ini meneruskan perjalanan perdagangan di daerah yang penuh onak duri ini..
Ya Allah..
Dengan penuh kerendahan hati, dengan penuh kerdil, dengan penuh pengharapan..
Hamba memohon kekuatan dariMu..
Cukuplah hamba meminta padaMu..
Jangan biarkan hamba mencari yang lain selain dariMu..
Ya Allah..
Lemahnya kudratku berdepan dengan kuasaMu yang Maha Hebat..
Lalu jangan Kau biarkan hamba terkapai-kapai di persimpangan yang tidak berarah..
Ya Allah..
pandulah hidupku ke jalan yang Kau redhai..
bimbing hamba ini kepada cintaMu dan RedhaMu...
Ya Allah...
perkenankanlah permintaanku..
Amiin



Kau yang menciptakan cinta
dan Kau jua yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yg terbaik utkku
tak semuanya yang ku mahu...

dicelah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut namaMu
terarah segala ronda rasa
pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
telah Kau titipkan kekuatan oh Tuhan...

-Segalanya milikMu,Mestica
Photobucket