"Kesemua yang terdapat di bumi akan binasa dan hanya yang tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan". (ar-Rahman: 26-27)
Tuesday, September 29, 2009
Coretan sepi 1..
Ketawa dan suka ria perlu menghiasi dan mewarnai kehidupan.Kerana ia sebahagian dari kebahagiaan bagi insan..
Tapi, yang seringkali mendatang adalah kedukaan dan keperitan..
Andai ketawa sudah tak mampu melakari ruang, cukuplah ketenangan mendalam yang dihadiahkan Tuhan untuk dijadikan bekalan hidup yang belum padam..
Andai lilin sudah semakin surut, jangan biarkan semangat hidup turut menjejaki rentaknya lantaran kencangnya angin memukul sabar..
Biar sabar dan redha itu menjadi umbi kekuatan rohani insani..agar nanti, bila tiba waktunya, kita mampu tersenyum manis menanti saat indah bertemu Tuhan Rabbul alamin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment