Sunday, September 20, 2009

Ramadhan pergi, Syawal berganti....


Ramadhan akan pergi meninggalkan kita..Sayunya hati tidak dapat digambarkan dengan kata..
Sahabatku yang dirahmati Ilahi,
ambillah kesempatan yang masih ada untuk merebut redha dan keampunanNya..
Alangkah ruginya kita yang sedang terleka..dan alangkah rugi lagi bagi mereka yang sedar tapi tidak cuba untuk mengambil peluang keemasan ini untuk merebut ganjaran hebat yang ditawarkan..

Ruginya kita sahabat2 sekalian...
Di pengakhiran Ramadhan ini, ingin kubawa sahabat2 dan pembaca semua untuk kita koreksi diri, sepanjang melayari hampir sebulan madrasah tarbiah ini...

DIAWALNYA..
-Apakah kita gembira dengan kedatangan Ramadhan?
-Apakah kita menyambutnya dengan girang sebagaimana kita menyambut kekasih hati tercinta dan sebagaimana kita menyambut kedatangan Hari Raya?
-Apakah kita membuat persediaan dalam menghadapi tetamu mulia kita ini?

DIPERTENGAHANNYA..
-Apakah kita menggunakan sepenuh masa yang ada untuk mita mengutip sebanyak2 ganjaran yang ditawarkan?
-Ataukah kita masih sambil lewa dengan sikap lama kita yang masih belum berganjak?
-Apakah kita seronok beribadah dalam bulan mulia ini?
-Apakah amal ibadah dan kebajikan yang kita lakukan bertambah atau masih ditangkuk lama?

DIAKHIRNYA..
-Apakah kita sudah bersedia untuk merubah tabiat lama kita ke sikap yang baru yang lebih baik?
-Apakah kita mendapat manfaat dari madrasah tarbiah yang sedang tersisa?
-Dan apakah kita juga sedih untuk menangisi pemergian tetamu mulia ini yang akan meninggalkan kita beberapa hari lagi??

Mari sama-sama kita muhasabah diri kita..
Moga kembalinya Ramadhan,akan meninggalkan kesan dan natijah yang berguna untuk kita..Agar madrasah tarbiah yang kita lalui selama sebulan ini tidak sia-sia..

Kullu am wa antum bikhair..
Wal akhiran, sebagai penulis, saya menyusun jari jemari mohon kemaafan atas kesilapan dan kekhilafan selama ada tercatit di sini mahupun jika ada bahasa yang mengurisi hati sesiapa..
Dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,

wassalam



KEMAAFAN DI AIDILFITRI-Inteam

ada masanya ketika ribut cabaran
melanda menerjah diri
pada sekeping hati, teralpa jua kita
pada kelembutan budi pekerti

ada ketikanya sering kita lupa lagi
pada halusnya nurani
terusik persaudaraan
tergurislah perasaan
walau itu bukan maksud dan tujuan

sampai masanya aidilfitri bertamu
di ruang waktu bagai biduk lalu
di samudera kalbu lalu kiambang
persaudaraan bertaut semula

terciptalah kemaafan, terukir keampunan
pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
tak kan lama ianya terpisah
bertaut di hari raya

pada nur ramadhan yang terus membara
sinar kemeriahan syawal pun menyala
kita raikannya dengan indah bersaudara
menjadi sebagai tangan kiri dan kanan

yang sentuhan keduanya
saling membersihkan
kembali kepada fitrah
kepada ukhuwwah
kembali seluruhnya pada llah
berkah di hari raya

maafkan saja segala sengketa lama
yang membeku di jiwa
di bulan yang mulia hari yang bahagia
moga ukhuwwah terjalin selamanya

No comments:

Photobucket