Showing posts with label tazkirah... Show all posts
Showing posts with label tazkirah... Show all posts

Monday, November 15, 2010

Keluhannya kepada kita!!


Bismillahi walhamdulillah....

Sayu hati melihat teratak ni sepi sepurnama tanpa apa2 pengisian.. Saya kehilangan 'mood' untuk menulis di sini. Banyak perkara yang sedang memerlukan tumpuan lebih dari saya. Dan kali ni, saya masih belum mampu untuk menukilkan apa2 buat teman2, cuma saya ingin berkongsi satu kisah yang sangat baik untuk kita hayati dan muhasabah diri. MUHASABAH ini saya tujukan khusus buat diri saya sendiri.. Renung2kan..........


Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku
menyambut kedatangan
seorang tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.
"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai
Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu". Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"
"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar,
Magrib dan Isyak?
Jawapannya... tersirat dalam diri.

Wednesday, September 22, 2010

BUKTI KEKUASAAN ALLAH PADA HAMBANYA YANG BERIMAN...

Remaja syahid di jalan Allah

by admin on 13/08/2010
Share700


Kisah benar yang saya petik dari sebuah laman web dari seorang sahabat. Untuk renungan kita bersama.
****************


Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.



Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.



Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.




Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas solat Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.

Tuesday, August 3, 2010

SURAT CINTA BERTASBIH LAGI??

Bismillah wa 'ala barokatillah....

Alhamdulillah, panjatan kesyukuran pada Ilahi Rabbi yang mesih memberi peluang untuk terus berkongsi dan memberi walaupun tidak seberapa.

SURAT CINTA KEMBALI BERTASBIH...


Wahai teman dan taulanku sekalian, sedarkah kita bahawa Ramadhan yang mulia akan kembali lagi..
Dalam kesibukan seorang pelajar dengan pengajiannya, seorang ibu atau ayah dengan masalah keluarga, seorang guru dengan pelajarnya mahupun seorang pekerja dengan tugas dan amanahnya, tidak siapa menafikan bahawa Ramadhan semakin hampir.

Namun, sejauh manakah kita sudah bersedia untuk menyambutkan??
Para sahabat menyambut Ramadhan dengan penuh persediaan, dari segi mental dan fizikal..
Bagaimana dengan kita??

Lalu, saya ingin bersama sahabat2 dan teman2 untuk meraikan Ramadhan tahun ini dengan membiasakan diri dengan membaca al-Quran. Moga kehadiran Ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan lebih baik dari tahun sebelumnya...

InsyaAllah....

SAMA2 KITA TINGKATKAN AMAL..
wassalam

Saturday, May 15, 2010

INGAT: Kenapa perlu DIAM??

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktu yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati...mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika Azan, jika tidak Allah akan kelukan lidah kamu ketika maut menghampiri kamu." Ini jelas menunjukkan, kita di saran agar mendiamkan diri, jangan berkaat apa-apapun semasa Azan berkumandang.

Sebagai orang Islam kita wajib menghormati Azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.....Mengapa Azan kita tidak boleh mendiamkan diri!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika Azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba, maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH, yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati Azan dan mohon kepada Allah supaya kita tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami mengucap kalimah lailahaillallah.....semasa sakaratul maut menghampiri kami................."

Astaghfirullah..moga Allah ampunkan kesilapan kita selama ini.

Sama-samalah kita saling mengingatkan...

Tuesday, November 10, 2009

INZAR: Jangan terus berDUKACITA..


Jangan terus bersedih wahai hati! Allah Maha Mengetahui hambaNya walau kau zahirkan atau kau sembunyikan apa dihatimu..Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...


KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”

-Surah At-Taubah ayat 129


AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12

Benarlah, apa yang kucari bukan pada manusia atau makhluk lainnya, tetapi pada DIA yang Maha Kuasa..
Tuhan,
dipekat malam, aku mencari2 helaian2 tenang dan redha..
taufan dan badai ujian menerjah ladang hidupku..
Tuhan,
pohon jasad ini lemah..
terkulat2 mencari nadi sabar dan hikmah..
Tuhan,
semalam, aku terjatuh..
terjatuh di lantai kealpaan..
aku lupa..
aku punya Yang Maha Kuasa..
aku mencari manusia..
ampuni daku ya Tuhan..
aku lupa..
manusia bukan siapa2..
bukan yang memberi..
malah YANG SERING MEMINTA tanpa segan dan malu..
seperti aku..
tapi TUHAN,
aku tidak mahu malu untuk meminta dengan banyaknya kepadaMu..
kerana kutahu..
bahawa aku hamba yang lemah..dan aku..
perlukan Mu..Tuhanku..

Monday, August 31, 2009

Saya dah 21 tahun???



Sanah helwah..Kelahiran dan Kematian..

Sanah helwah kepada ana sendiri...
hmm....baru je 4 bulan lepas memasuki alam 20 tahun..tetiba dah jadi 21 tahun??ajaib!!
Kalendar mane ni kak??demam eh?memang saya demam...demam ramadhan...
Gembiranya saya untuk menyambut hari lahir di bulan mulia ini...
Kalau macam tu, tiap2 tahun la saya sambut hari jadi dalam bulan ramadhan...
sebab...


Hari lahir saya memang ditakdirkan Allah dalam bulan ni...
yuhoo....Alhamdulillah...
Bangga ada..gembira pun ada...
tapi ingatlah wahai diri...
meningkatnya usia,
bergantinya hari,
berubahnya musim,
bermakna...
kita semakin melewati hari...

hmm...seronok sangat ke kita sambut hari lahir??
Tup tap..
Esok dah pergi mengadap Ilahi..
rasenye bagai baru semalam menjengah ke dunia..

Alahai...
Sekejapnya kita di sini..
Pejam dan celik..
Pejam dan celik..
Pejam dan celik lagi..
dan akhirnya pejam selamanya..

Benar, janji Allah itu pasti..

" Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasi mati, Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu akan dikembalikan"
-Surah Al.Anbiyaa':35

Allahu Akbar!!!
Dekatnya mati itu..dalam tahun ini sahaja, sudah berapa berita kematian kita dengar..samada yang berkait dengan kita, yang dekat dengan kita mahupun yang tiada kena mengena langsung dengan kita..
Tapi Allah membuktikan kekuasaanNya yang Maha Besar, Maha Agung..
Sejak dari berita pemergian Sheikh Fathi Yakan, kemudian MJ, menyusul pula seorang sahabat,akh Nabil Marwan, seterusnya insan yang paling disayangi, ayahanda tercinta, kemudian pula ustaz Asri Rabbani dan yang latest, sahabat seUniversiti+ senegeri+sedaerah,Hafifi Hazwan...

MasyaAllah, dekatnya mati itu..
Begitu aturan yang telah ditetapkan olehNya..
Lahirnya kita disambut dengan kalimah suci azan..
Dan kembalinya kita dihantar dengan kalimah agung iqamat..
Betapa dekatnya azan dan iqamat..

Aduhai sahabat,
MATI..
Ingatlah kematian itu dr detik ke detik & dr saat ke saat krn Allah x janjikan kematian kt di waktu TUA @ disebabkan sakit. Oleh itu jgn senang hati krn kematian pasti berlaku. Tunggulah kematian dr nafas ke nafas agr kt x angan-angan melalaikan..
Di ramadhan yang mulia, yang masih berbaki 20 hari, mari kita banyakkan amalan, ikhlaskan ibadah, mujahadah mencari redhaNya agar di akhirnya kita memperoleh kemenangan menggapai maghfirah dan cintaNya..

Jadi teman-teman,
Sambut hari kelahiran bukan tak boleh..boleh je..
Tapi ingatlah akan hari mati kita yang akan tiba bila-bila masa...
Dan ingatlah bahawa malaikat maut menjenguk kita 70 kali setiap hari...

Kita menangis di saat kelahiran kita sedang yang lain bergembira..
Tapi sahabat,
Biar orang lain menangis di hari kematian kita, sedang kita tersenyum gembira..menanti masa untuk bertemu yang Esa dan bertemu Kekasih tercinta...

Salam kalam..



Photobucket