Showing posts with label tinta admin... Show all posts
Showing posts with label tinta admin... Show all posts

Friday, September 17, 2010

BERAYA DI HOSPITAL..

 Bismillahi walhamdulillah....

Assalamualaikum sahabat2 dan kenalan2ku ssekalian....
Kaif hal antum al'an?? Walaupun dah memasuki 10 Syawal, saya tetap nak ambil kesempatan Syawal yang berbaki ni untuk ucapkan Salam Idulfitri kepada semua. Ampun Maaf dipinta atas semua salah dan silap, yang terang mahupun yang tersembunyi..Saya hanya insan biasa seperti kalian, pasti ada melakukan kesilapan. Dari itu, kedatangan Syawal ini, maafkanlah salah dan khilaf saya samada mengenali atau tidak..

Tahun ni, 1431H, buat pertama kalinya saya dan keluarga berpengalaman menyambut Aidilfitri di hospital. Lebih sayu bila Syawal ini adalah Syawal ke-2 tanpa bersama ayahanda tercinta. Alkesah tersebutlah kesah, ibu saya dimasukkan ke wad hospital daerah pada hari jumaat 3September2010. Tapi keesokan harinya, ibu dikejarkan ke hospital besar yang berdekatan dan dimasukkan ke ICU (unit rawatan rapi). 

Saya terus pulang pada hari sabtu dan terus ke hospital untuk melihat keadaan ibu. Dan alhamdulillah, 2 hari kemudian ibu dipindahkan ke wad biasa menandakan tahap kesihatannya semakin baik. Alhamdulillah....
Kali ni, hati saya sangat tersentuh melihat ibu yang terlantar sakit di katil kerana nilah kali pertama ibu admit wad selepas pemergian ayahanda tercinta. Teringat sewaktu dia dimasukkan di hospital sebelum dari ini, dalam keadaan separuh sedar, dia kerap kali memanggil 'ayah' iaitu suaminya yang tersayang. Kerana ayah lah sumber kekuatan utama dalam hidupnya apatah lagi nenek sebelah ibu telah lebih dahulu pergi setahun sebelum pemergian ayahanda saya. 

Saya sungguh tidak menyangka ibu akan admit hospital lagi secepat ini. Seboleh2nya, saya tak nak ibu admit lagi ke wad. Namun apakan daya, takdir Allah mengatasi tadbir manusia lemah seperti saya. Tapi saya tetap terkilan dan kecewa kerana saya terabaikan ibu. Sebagai satu2nya orang yang bertanggungjawab tentang ubat2an dan treatment ibu, tapi saya terabaikan untuk re-check dan re-schedule masa2 ubat yang perlu diambil oleh ibu lantaran terlalu sibuk dengan peperiksaan dan pengajian. Oh ibu, maafkanlah anakmu ini.

Sehari sebelum menjelangnya Syawal tahun ini, ibu kelihatan sangat ceria. Rupa2nya tahulah kami bahawa ibu nak sangat balik beraya di rumah. Dan apa yang berlaku sehingga dia dimasukkan ke wad lebih kepada disebabkan rindunya kepada anak2 (saya dan kak ngah yang masih belajar) yang menyebabkan dia tak lalu nak makan. Dan apabila kami pulang dan menjaganya sepanjang hari di wad, perkembangan kesihatannya baik dengan lebih cepat dari biasa.

Hari raya kali ni, saya terkilan kerana tak dapat menunaikan solat sunat hari raya. Tapi menjaga ibu di hospital, saya redha dan tawakkal pada Allah. Mungkin itu ketetapan Allah yang terbaik buat saya. 

Cukuplah rasanya dari saya untuk entry raya. Sebenarnya, saya tak tahu nak tulis ape untuk dikongsi dengan sahabat2 dan pembaca yang setia berkungjung di blog saya yang serba kekurangan ni.Sebab saya tak merasakan apa2 di hsri raya kali ni..Syukran jazilan atas sokongan kalian..

Di sini, saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat tercinta saya, Wan Nur Ainun bt Baharudin yang sudi ziarah raya pada hari raya pertama di wad. Tidak lain yang ana lebih inginkan melainkan melihat ibu ana gembira dan bahagia hidupnya dan rahmat dan redha Ilahi..

Salam Idulfitri buat semua...Moga catatan dan perkongsian yang sedikit ni dapat memberi manfaat kepada kita. Saya juga masih belajar dengan kehidupan. Tegur2lah jika ada yang kurang dan yang tak senang..
Wallahua'lam...
Wassalam...

Tuesday, August 10, 2010

MENCARI ERTI RAMADHAN..


Selamat melangkah ke UNIVERSITI of RAMADHAN. Universiti ini hanya dibuka sekali sahaja setahun dan tempoh pengajian hanya selama sebulan. Semua MUSLIMIN dan MUSLIMAT di seluruh dunia berdaftar secara automatik.
Namun, kejayaan di penghujung pengajian adalah bergantung kepada kesungguhan AMAL dan TAQWA pelajar2. Untuk pengetahuan semua, Universiti ini tidak menyediakan pensyarah yangn khusus tetapi satu perkara yang paling penting dapat di'highlight'kan adalah, PENILAI tahap kecemerlangan pelajar secara mutlaknya adalah ALLAH S.W.T.

Moga semua sahabat2 saya yang berada di Universiti ini dapat memanfaatkan sepenuhnya tempoh PENTARBIAHAN di Universiti Ramadhan ini. Mensia2kannya adalah suatu kerugian yang sangat besar..

SALAM dari editor Universiti RAMADHAN kepada semua MUSLIMIN dan MUSLIMAT..
Moga tahun ini lebih, lebih baik dari tahun lepas..InsyaAllah 

Saturday, May 15, 2010

ADMIN: Rahmati guru2ku ya Allah...


Buat semua insan2 yang pernah mencurahkan ilmu kepada hamba Allah yang jahil ini, samada dari Taman Didikan Kanak2 Tembila, Sekolah Rendah Kebangsaan Tembila, Maktab Rendah Sains MARA Yayasan Terengganu Besut, Maktab Rendah Sains MARA Kuala Lipis, Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa, dan teristimewa buat pendidik2 di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, saya MAZIAH BINTI HJ. MAT ABD GHANI BIN ABDULLAH BIN ISMAIL,
menghadiahkan untaian doa buat kalian..
Terima kasih atas semua ilmu yang pernah dikongsi..
semoga Allah merahmati dan meredhai kalian..
Saya sayang guru2 saya..

Wednesday, May 12, 2010

ADMIN: selamat bercuti....

Assalamualaikum..
Hamdan wa syukron lillah.. akhirnya, saya selamat sampai di rumah jam 5.40 pagi tadi, dengan izin Allah..
maka, bermula lah cuti saya sementara menunggu memasuki tahun baru pengajian..moga Allah tidak lalaikan saya dengan kelalaian yang fana..

Dalam entry ni, saya tak nak cakap banyak, hanya ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua yang sedang bercuti tak kira cuti apa yang kalian sedang jalani..



Peringatan untuk SAYA dan anda:
Isikanlah cuti ni dengan aktiviti2 yang berfaedah..moga cuti kita menjadi ibadah..InsyaAllah...
Jom kita rancang program!!! :)
Wassalam..

Sunday, January 24, 2010

ADMIN: BEREHAT SEMENTARA WAKTU....


Assalamualaikum...
Musim final exam makin hampir..iaitu akan bermula pada 10 Feb 2010 dan berakhi sehingga 23 Feb 2010. Jadi, bagi membuat persediaan dan memberi laluan kepada diri sendiri serta ingatan kepada diri sendiri dan sahabat2, blog ini akan berehat sementara waktu sehingga habis paper nanti...

Kepada pembaca tetap (ada ke??huhu...)dan yang sudi berkunjung ke laman ini, saya mohon jutaan kemaafan kerana terpaksa berehat sementara.tapi ucapan ribuan terima kasih saya hadiahkan atas kesudian kalian meninggalkan jejak barang seNOKTAH d laman saya.saya amat hargai...syukran jazilan.. Doakan saya mumtaz dalam imtihan nanti..

Kepada teman2 dan adik2 di kampus UIAM PJ, penulis mendoakan kalian sukses dalam peperiksaan nanti...bittaufiq wan najah..

Ala kulli hal, wassalam........




Photobucket