Friday, September 17, 2010

BERAYA DI HOSPITAL..

 Bismillahi walhamdulillah....

Assalamualaikum sahabat2 dan kenalan2ku ssekalian....
Kaif hal antum al'an?? Walaupun dah memasuki 10 Syawal, saya tetap nak ambil kesempatan Syawal yang berbaki ni untuk ucapkan Salam Idulfitri kepada semua. Ampun Maaf dipinta atas semua salah dan silap, yang terang mahupun yang tersembunyi..Saya hanya insan biasa seperti kalian, pasti ada melakukan kesilapan. Dari itu, kedatangan Syawal ini, maafkanlah salah dan khilaf saya samada mengenali atau tidak..

Tahun ni, 1431H, buat pertama kalinya saya dan keluarga berpengalaman menyambut Aidilfitri di hospital. Lebih sayu bila Syawal ini adalah Syawal ke-2 tanpa bersama ayahanda tercinta. Alkesah tersebutlah kesah, ibu saya dimasukkan ke wad hospital daerah pada hari jumaat 3September2010. Tapi keesokan harinya, ibu dikejarkan ke hospital besar yang berdekatan dan dimasukkan ke ICU (unit rawatan rapi). 

Saya terus pulang pada hari sabtu dan terus ke hospital untuk melihat keadaan ibu. Dan alhamdulillah, 2 hari kemudian ibu dipindahkan ke wad biasa menandakan tahap kesihatannya semakin baik. Alhamdulillah....
Kali ni, hati saya sangat tersentuh melihat ibu yang terlantar sakit di katil kerana nilah kali pertama ibu admit wad selepas pemergian ayahanda tercinta. Teringat sewaktu dia dimasukkan di hospital sebelum dari ini, dalam keadaan separuh sedar, dia kerap kali memanggil 'ayah' iaitu suaminya yang tersayang. Kerana ayah lah sumber kekuatan utama dalam hidupnya apatah lagi nenek sebelah ibu telah lebih dahulu pergi setahun sebelum pemergian ayahanda saya. 

Saya sungguh tidak menyangka ibu akan admit hospital lagi secepat ini. Seboleh2nya, saya tak nak ibu admit lagi ke wad. Namun apakan daya, takdir Allah mengatasi tadbir manusia lemah seperti saya. Tapi saya tetap terkilan dan kecewa kerana saya terabaikan ibu. Sebagai satu2nya orang yang bertanggungjawab tentang ubat2an dan treatment ibu, tapi saya terabaikan untuk re-check dan re-schedule masa2 ubat yang perlu diambil oleh ibu lantaran terlalu sibuk dengan peperiksaan dan pengajian. Oh ibu, maafkanlah anakmu ini.

Sehari sebelum menjelangnya Syawal tahun ini, ibu kelihatan sangat ceria. Rupa2nya tahulah kami bahawa ibu nak sangat balik beraya di rumah. Dan apa yang berlaku sehingga dia dimasukkan ke wad lebih kepada disebabkan rindunya kepada anak2 (saya dan kak ngah yang masih belajar) yang menyebabkan dia tak lalu nak makan. Dan apabila kami pulang dan menjaganya sepanjang hari di wad, perkembangan kesihatannya baik dengan lebih cepat dari biasa.

Hari raya kali ni, saya terkilan kerana tak dapat menunaikan solat sunat hari raya. Tapi menjaga ibu di hospital, saya redha dan tawakkal pada Allah. Mungkin itu ketetapan Allah yang terbaik buat saya. 

Cukuplah rasanya dari saya untuk entry raya. Sebenarnya, saya tak tahu nak tulis ape untuk dikongsi dengan sahabat2 dan pembaca yang setia berkungjung di blog saya yang serba kekurangan ni.Sebab saya tak merasakan apa2 di hsri raya kali ni..Syukran jazilan atas sokongan kalian..

Di sini, saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat tercinta saya, Wan Nur Ainun bt Baharudin yang sudi ziarah raya pada hari raya pertama di wad. Tidak lain yang ana lebih inginkan melainkan melihat ibu ana gembira dan bahagia hidupnya dan rahmat dan redha Ilahi..

Salam Idulfitri buat semua...Moga catatan dan perkongsian yang sedikit ni dapat memberi manfaat kepada kita. Saya juga masih belajar dengan kehidupan. Tegur2lah jika ada yang kurang dan yang tak senang..
Wallahua'lam...
Wassalam...

2 comments:

Anonymous said...

salam..

'beruntunglah sebab sahabat berpeluang berbakti kepada ibu sahabat'

alFaqirah ilAllah.. said...

alhmdulillah, Allah menarik kesempatan buat ana berbakti kepada ayahanda yang ana sayang, tp memberi ana ruang untuk berbakti kepada ibu..anugerah yang tidak ternilai..

sungguh ana menyesali ketidak sempatan ana membahagiakan ayahanda di kala hayatnya..dan ana sedaya upaya utk memberi yang terbaik buat ibu yang amat disayangi..mg Allah meredhai dan merahmati seiring perjalanan menuju redha-Nya...amiin

Photobucket