Saturday, July 24, 2010

APA YANG ADA ADALAH MILIKKU....


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat tatapan pengunjung Muslim dan selamat sejahtera buat sekaliannya..
Hampir sebulan rasanya saya meninggalkan dunia blog. Apa yangn ada di fikiran hanya kosong = empty kerana saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan tempat pengajian yang baru. Maafkan saya buat pembaca semua, walaupun saya tahu pengunjung blog saya ni takda la seramai pengunjung blog kawan2 saya yang lain. Apa pun, saya amat hargai dan berterima kasih atas kesetiaan kalian yang terus memberi semangat untuk saya kembali di sini..

Dan kali ini, saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat2..
MILIK...
Cuba kita cari satu masa, jenguk sebelah kira, kanan, depan dan belakang kita...dan tanyakan pada diri..:
"Apakah yang aku miliki?" -keluarga? duit? pakaian? atau apa2 aje?
Benarkah apa yang kita ada itu milik kita??

Alkesah tersebutlah kisah pendek..
Dua hari lepas, saya ke kedai memb..eli sardin. Hajat hati nak beli tuna tapi harganya tak mampu saya bayar pada waktu tersebut. Jadi, saya terus memilih untuk membeli sardin yang harganya sedikit murah berbanding tuna td. Keesokan paginya, sardin itu saya buka dan saya makan sebahagiannya dengan roti...
Ymm...ymm, sedap. Alhamdulillah, rezeki pagi ni. Dan saya kongsi sedikit dengan rumate.

Selepas dari kelas, yang sudah menjangkau lewat petang, saya pulang berehat di bilik. Sewaktu asyik melihat keindahan alam di jendela bilik, sambil mendengarkan lagu2 nasyid, tiba2..."Kuuunnggg..." Dengan tindak balas sistem saraf, saya terus menoleh. Subhanallah, rupa2nya ada seekor ibu kucing memasuki bilik saya dan menarik bekas yang terisi tin sardin saya pagi tadi. Aduh, kuah sardin tu tumpah. Apa lagi, tentu sekali saya rasa cemas dengan apa yang berlaku. Lalu, saya angkat tin sardin tu dan saya terus halau kucing tu keluar dari bilik saya. Tapi malangnya, ibu kucing tersebut sangat degil dan tidak mahu keluar dari bilik saya. Dan saya terus mengomel.Apa saya kata?,"Keluar la meow, ni(sardin) bukan meow punya..tak boleh..tak boleh".

Selepas ibu kucing tersebut dibawa keluar bilik, saya berniat hendak menyalin sardin td ke bekas baru. Jadi, sewaktu saya mengangkat tin tersebut (yang terbuka), tiba2..tin tersebut terlepas dari genggaman saya, lalu tumpah pula di atas meja. Sekali lagi, sewaktu saya hendak mengangkat tin tersebut, habis terburai isi2 di dalamnya. Rupa2nya, sardin tersebut berada dalam keadaan terbalik. Subhanallah, saya rasa sedih yang amat. Dan di saat itulah, saya tersedar. Lalu saya terus keluar bilik dan dapatkan ibu kucing tadi untuk mengambil bahagian makanannya....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya mengucap panjang. Subhanallah.....ianya berlaku dalam sekelip mata. Tarbiah Allah itu sangat dekat. Sahabat, tarbiah itu tidak hanya hadir melalui makhluk Allah yang serupa seperti kita bernama manusia, bahkan dihadirkan melalui apa jua yang diwasilahkan oleh Allah untuk kita. Contohnya; dalam kisah tadi, kucing itu wasilah tarbiah dariNya kepada kita.

Kita seringkali fikir apa yang kita ada adalah milik kita. Ingatlah sahabat2, rezeki kita hanyalah apa yang masuk ke dalam perut dan yang kita gunakan dan apa jua yang kita infaqkan ke jalan Allah. Maka, yang selain dari itu belum pasti ianya adalah rezeki kita.

Indahnya tarbiah dari Allah, Dia tidak memberi apa yang kita MAHU sebaliknya Dia kurniakan apa yang kita PERLU. Yakinlah bahawa Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Hatta, keluarga juga bukan milik kita. Mereka juga adalah pinjaman dari Allah buat kita. Sampai ketika dan saatnya, mereka akan kembali kepada Penciptanya.

Lalu, belajarlah untuk REDHA dengan apa jua yang Allah rezekikan buat kita. Apa jua yang kita perolehi, pasti ada kebaikan di sebaiknya sekalipun kita tidak ketahui...kerana Allah berfirman:
"........., dan Allah Mengetahui dan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Di akhir kata, cuba kita tanya sekali lagi pada diri...
"Apakah sebenarnya yang aku miliki??"

p/s: "sampaikanlah dariku walaupun 1 ayat." -Maksud Hadith

Thursday, July 8, 2010

Setahun berlalu...ku merinduimu.....

Alhamdulillah wa syukran lillah....

Dengan keizinan, rahmat dan limpahan nikmat dariNya, selepas dugaan demi dugaan menghalang, akhirnya saya dapat meneruskan pengajian  di peringkat ijazah, di Universiti Islam Antarabangsa..Sujud syukur dan rasa syukur yang tak terhingga dipanjatkan..Walaupun kedatangan saya ke kampus baru tidak ditemani oleh insan2 yang paling rapat dalam hidup saya iaitu arwah ayah dan arwah adik fatima, saya perlu teruskan perjuangan di medan ini...


Pendaftaran selesai pada 2 Julai 2010..Hari ini, genaplah setahun insan yang paling saya sayang meneruskan perjalanan di alam yang lain. 8 Julai 2009 sentiasa terpahat dalam ingatan..Perpisahan yang tiada sementara bahkan yang panjangnya tidak mampu dikira oleh kita yang bernama manusia. Moga bertemu semula disyurgaNya..amiin


Setelah pemergian arwah ayah, saya jarang sekali bermimpikan arwah..kalau ada pun, sangat samar2 dan tak ingat apa yang dimimpikan dan kadang2 tak logik difikiran. Dan pada malam 3 Julai, saya bermimpikan arwah..dalam mimpi tu, saya bergurau2 dengan arwah di rumah lama (sekarang dah pindah rumah baru). Saya telah sorokkan barang arwah. Saya menyorok ke sana ke mari sambil arwah terus mencari2. Dia cari di sana, saya lari ke sini, dia cari di sini, saya lari pula ke sana..Sehingga arwah naik angin dan putus asa. Maka akhirnya saya keluar tapi saya buat tak tahu je sedang barang tu di pemeluk saya. Bila arwah tengok saya, dia cuit dari belakang. Dia kelihatan marah tapi dia tak jadi marahkan saya.....Dan saya terbangun dari lena.. Aduhaiiii.......mimpi..mimpi..


Tapi saya gembira kerana dalam mimpi ni saya dapat lihat wajah arwah dengan jelas sekali. terubat jugak rindu di hati..Betullah kata seorang sahabat saya," selalunya kita tak mimpikan dia waktu kira tersangat2 rindukan dia tapi kita akan mimpikan dia sewaktu kita tidak banyak fikirkan tentang dia"...Ada juga betulnya. Aduhai, rindu itu datang lagi.. 

Masih saya ingat sewaktu arwah ayah saya mula2 pergi, 'makcik' iaitu adik arwah ayah saya pernah tanya kami adik-beradik, ada termimpikan arwah atau tak? Masa tu, kak long dan kak ngah je ada mimpikan arwah ayah. Lalu makcik tanya pula kpd saya. Bila saya kata tak, makcik kata ayah tak sayangkan saya walaupun saya merupakan anak yang paling rapat dengan arwah.Aduuuhh, terkilan sungguh saya masa tu. Tapi saya tak mampu berikan apa2 komen. Cukuplah saya tunaikan tanggungjawab saya kepadanya dengan meneruskan amanah yang ditinggalkan dan terus tak putus2 mendoakan kesejahteraannya di sana...


Pejam celik, dah cukup setahun saya tak menatap dan mendengar suaranya yang seringkali memberi inspirasi dan kekuatan untuk saya menghadapi liku2 dan duri2 kehidupan..Yang  tinggal hanyalah pesanan dan kenangan bersamanya..

Untuk akhirnya, saya ingin berpesan kepada sahabat2 yang terbaca dan yang sudi membaca blog saya,
"Sayangilah, cintailah dan hormatilah ibu dan ayah kita. Berbaktilah kepada mereka sewaktu mereka masih bersama kita. Maut tak tunggu kita dan tak kenal siapa. Jangan tunggu2, kerana mungkin sampai masanya kita tak sempat memohon kemaafan darinya..Andai esok tiada lagi...Andai ini subuh yang terakhir...."


Adek sayang ayah...al-fatehah buat ayahanda tercinta, MAT ABD GHANI BIN ABDULLAH BIN ISMAIL..


Wassalam
Photobucket