Saturday, October 31, 2009

Hapuskanlah Airmatanya...


Dia(bukan nama sebenar), seorang muslimah yang masih belajar di salah sebuah institut pengajian tinggi(IPT) dalam Malaysia..Dia merupakan anak bongsu dari sebuah keluarga besar. Apepun, hakikatnya Dia mempunyai 4 beradik kandung, seorang ibu kandung dan seorang ayah..Dia melalui perjalanan hidup yang penuh liku dan suka-duka..


Dia mempunyai seorang abang dan dua kakak..Keluarga DIa hidup dalam keadaan serba sederhana.Memiliki hanya seorang abang dalam keluarga Dia, menyebabkan lelaki itu diberi lebih perhatian. Namun, mungkin dek kerana 'lebih perhatian' yang tidak sempurna, abang Dia menjadi seorang yang nakal dan semakin menjadi2 dari sehari ke sehari.Apa yang menjadi keresahan Dia adalah memikirkan tentang abangnya.

Ibu Dia mengidap sakit yang berat sejak 8 tahun lalu..Awal tahun ini, sakit itu kembali bermanja di tubuh sang ibu itu menyebabkan ia terlantar di hospital beberapa bulan dengan berat. Ayah Dia seorang tua yang sudah menjangkau 70-an. Dengan usia yang sudah harus untuk sang ayah itu berehat, namun masih bertungkus lumus mengerah keringat mencari rezeki buat keluarga.

Dalam keadaan ibu Dia yang masih tidak stabil kerana masih keluar masuk hospital, sang ayah dipanggil mengadap Ilahi. Maka tinggallah Dia, ibu, abang dan dua kakaknya. Apa yang berlaku, diawal pemergian ayah Dia, abang Dia bersolat dengan baik..Namun selepas beberapa minggu, solat si abang itu semakin banyak menjadi lompong.Dari lima kali sehari, berkurang ke empat kali sehari, ke tiga kali sehari, ke dua kali sehari dan lama-kelamaannya meninggalkan solat.

Disebabkan ayah Dia sudah tiada, ibu Dia hanya bersendirian di rumah. Tapi, kakak sulong Dia membuat keputusan untuk berhenti kerja di ibu kota untuk pulang menjaga ibunya di kampung. Kehidupan berjalan seperti biasa, tapi wang simpanan semakin berkurang. Mengusahakan kedai kecil di kampung tidaklah membawa keuntungan yang banyak dan tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian ditambahi lagi ubat-ubatan ibunya.

Dari sehari ke sehari, perangai si abang Dia semakin menjadi2. Belum pun sempat modal jualan kedai berbalik, sudah diambil oleh abang Dia. Begitulah yang berlaku dari hari ke hari. Bukan itu saja, malah si abang juga malas bekerja. Dia jarang berada di rumah disebabkan kekangan masa dengan pengajian dan kekurangan kos untuk pulang ke kampung.

Kerap sekali kakak Dia dan ibunya mengadu kepadanya apabila Dia tiada di kampung kerana Dialah yang rapat dengan abang. Dan Dialah yang boleh menasihati dan memujuk si abang. Namun, apa yang sangat mendukacitakan Dia adalah, sewaktu Dia tiada di kampung, macam2 perkara yang berlaku. Boleh dikatakan 'perang saudara' selalu meletus hanya kerana ibu dan kakaknya menasihati si abang untuk hanya satu2 perkara kecil.Perkara yang sama berulang setiap hari.Lebih merunsingkan Dia adalah abangnya selalu 'naik suara' pada ibunya. Pernah juga suatu hari kakak dan ibu Dia dimarahi oleh si abang bahkan dilemparkan bantal ke arah kakaknya. Nasib baik sahaja ibunya tidak diapa2kan..

Dia sudah cuba mencari pusat pemulihan @ rumah kebajikan yang terbaik dengan harapan si abang akan dapat dikembalikan kejalan kebaikan. Yang dijumpai adalah sebuah rumah pemulihan yang menepati kehendak yang Dia cari namun kekurangan kos menghalang Dia untuk meneruskan hasratnya ke arah itu. Dia, kakak dan ibunya sudah tidak tahu dan tidak mampu berbuat apa2..Seringkali airmata menjadi teman. Namun lebih sedih bagi Dia bila memikirkan ibunya di kampung. Sering berendam duka dan airmata. Sudahlah sedih dengan kehilangan suami tercinta, ditambahi pula berdepan sikap anak yang demikian rupa..
Dan bagi Dia, kasihan juga kepada si abang yang terus menerus bersikap sedemikian. Sedang Dia masih yakin abangnya masih mempunyai hati yang lembut dan akan berubah suatu hari..

Masihkah ada harapan untuk si abang itu berubah?
Apakah yang harus dilakukan oleh Dia dan keluarganya?


Thursday, October 29, 2009

Ditaqdim..



"Nti, nti faham tak apa maksud taqdim?",soal ana.
"Erm, entahla..faham sikit-sikit.Kenapa?Hmm..nti dah ditaqdim seseorang ke?",jawab sahabat sambil diajukan soalan cepu cemas.
"Isy..ke situ pulak nti ni..", merah padam muka ana menahan malu.
"Eh2...urm, ada hint tue.Nti tak beritahu ana pun.Senyap2 je ye. Angin tak bergoyang.Ehh, silap2..Pokok tak bergoyang,angin tak datang.",rajuk sahabat.
"Belum lagi.Ana mohon jangan dihebahkan pada sesiapa.Belum masanya lagi.Ana pun masih istikharah dan musyawarah memohon petunjuk, mencari jawapan.Doakan ana moga Allah bagi pilihan yang terbaik untuk ana.",pinta ana.
"InsyaAllah, Doakan ana juga."
"InsyaAllah"


Ramai dari kalangan kenalan, sahabat handai, teman taulan yang sudah dan tidak kurang sedang melalui tempoh ini. Ada juga yang sudah mendirikan rumahtangga. Apa pun,saya ucapkan tahniah kepada teman2, kakak2 dan senior2 yang sudah mengakhiri zaman bujang dan semoga rumahtangga serta silaturrahim yang terbina berkekalan ke syurgaNya dan berjaya meraih redhaNya.

Kali ini, bukan saya nak khabarkan apa2 berita berkenaan diri saya atau sesiapa sahaja, cuma ingin berkongsi ilmu, pandangan dalam menghadapi sebahagian dari bab perkahwinan iaitu alam pertunangan (khitbah).Moga perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat memberi input2 kepada pembaca sekalian.

"Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati."
(Surah al-Baqarah:235)


Alam pertunangan manis dirasa bagi mereka yang sedang @ sudah melepasinya. Tapi awas!! Manisnya madu, ada lebahnya. Manisnya alam pertunangan, ada batas dalam melaluinya.Tidak semudah melafazkan kata, sebagai hambaAllah yang berpegang kepada ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ada tatasusila yang harus didalami dan dipraktisi.

Jom kita semak!!..........

Taqdim adalah awal proses pertunangan.Manakala khitbah atau dalam bahasa yang sering kita gunakan (meminang atau melamar) merupakan sesuatu permintaan seorang lelaki atau wakilnya kepada seorang wanita (walinya) untuk dijadikan permaisuri hati seumur hidup dengan cara tertentu yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini secara meluas.
Hukum khitbah adalah sunnah, Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah berkhitbah terhadap isteri-isteri baginda, antaranya Saidatina ‘Aisyah bintu Abu Bakr dan Saidatina Hafsah bintu Umar R.A.

Dan Islam melarang untuk kita meminang wanita-wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, ini dijelaskan pada hadith Rasulullah S.A.W. dari Abu Hurairoh R.A., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Janganlah dipinang oleh lelaki akan wanita-wanita yang telah dipinangi sehingga ia berkahwin ataupun ditinggalkan”
Riwayat Ahmad dan Muslim.


Dalam tempoh khitbah, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian penting:

1-cari orang ke3 atau 'orang tengah' yang boleh dipercayai.Bagi menjaga perhubungan dan komunikasi kedua belah pihak.
2-menemui/perjumpaan..
3-tidak bertangguh..bincang perkara yang perlu (ibubapa, sosioekonomi dll)
4-jangan dihebahkan pada umum..ramai yang terlepas pandang bab ni..
5-jangan buat pertemuan (bersama mahram @orang yang benar2 dapat menjaga pertemuan)


Perkara yang yang qat'ie HARAM yang perlu dipandang berat:

-haram bersentuhan
-haram berjumpa tanpa mahram yang beriman
-haram berbicara membawa syahwat
-awas finah masyarakat
-awas fitnah pasangan
-haram melihat aurat pasangan
-haram bertukar gambar
-awas hebahan umum dlm khitbah

Dalam tempoh ini,paling penting adalah ISTIKHARAH dan MUSYAWARAH..Mohon kebaikan dan keputusan terbaik dari yang Maha Memberi.Moga dengan pilihan yang dibuat nanti, tiada rasa sesal, kecewa dan sebagainya.Gunakanlah tempoh ini untuk mempersiapkan diri sepenuhnya menuju ke gerbang perkahwinan.Tempoh yang terbaik adalah tempoh menyiapkan diri agar bersedia melangkah ke alam baru yang penuh tanggungjawab.

Sekadar itu perkongsian saya kali ini..Jadi, macamana teman2, sahabat2, kawan2, pembaca sekalian? Bagaimana tatacara hidup kita selama ini?Adakah kita telah lulus dalam mempraktikkan ajaran Islam yang menjadi pegangan hidup kita?Jangan dipandang remeh perkara2 kecil seperti ini.Jika tersilap jalan, kita akan membawa generasi yang pincang. Ayuh teman, saya juga pberpesan kepada diri yang alpa, lemah lagi hina dina iniuntuk sama2 koreksi diri untuk menjadi mukminah mujahidah solehah.

p/s: perbualan di atas adalah perbualan ana dengan sahabat.Ana dalam perbualan tersebut bukanlah diri penulis blog.Harap maklum.SahabatMusleem

Salam semanis ukhwah..
Tingkatkan ilmu, raih redha Allah..
Photobucket