Saturday, October 31, 2009

Hapuskanlah Airmatanya...


Dia(bukan nama sebenar), seorang muslimah yang masih belajar di salah sebuah institut pengajian tinggi(IPT) dalam Malaysia..Dia merupakan anak bongsu dari sebuah keluarga besar. Apepun, hakikatnya Dia mempunyai 4 beradik kandung, seorang ibu kandung dan seorang ayah..Dia melalui perjalanan hidup yang penuh liku dan suka-duka..


Dia mempunyai seorang abang dan dua kakak..Keluarga DIa hidup dalam keadaan serba sederhana.Memiliki hanya seorang abang dalam keluarga Dia, menyebabkan lelaki itu diberi lebih perhatian. Namun, mungkin dek kerana 'lebih perhatian' yang tidak sempurna, abang Dia menjadi seorang yang nakal dan semakin menjadi2 dari sehari ke sehari.Apa yang menjadi keresahan Dia adalah memikirkan tentang abangnya.

Ibu Dia mengidap sakit yang berat sejak 8 tahun lalu..Awal tahun ini, sakit itu kembali bermanja di tubuh sang ibu itu menyebabkan ia terlantar di hospital beberapa bulan dengan berat. Ayah Dia seorang tua yang sudah menjangkau 70-an. Dengan usia yang sudah harus untuk sang ayah itu berehat, namun masih bertungkus lumus mengerah keringat mencari rezeki buat keluarga.

Dalam keadaan ibu Dia yang masih tidak stabil kerana masih keluar masuk hospital, sang ayah dipanggil mengadap Ilahi. Maka tinggallah Dia, ibu, abang dan dua kakaknya. Apa yang berlaku, diawal pemergian ayah Dia, abang Dia bersolat dengan baik..Namun selepas beberapa minggu, solat si abang itu semakin banyak menjadi lompong.Dari lima kali sehari, berkurang ke empat kali sehari, ke tiga kali sehari, ke dua kali sehari dan lama-kelamaannya meninggalkan solat.

Disebabkan ayah Dia sudah tiada, ibu Dia hanya bersendirian di rumah. Tapi, kakak sulong Dia membuat keputusan untuk berhenti kerja di ibu kota untuk pulang menjaga ibunya di kampung. Kehidupan berjalan seperti biasa, tapi wang simpanan semakin berkurang. Mengusahakan kedai kecil di kampung tidaklah membawa keuntungan yang banyak dan tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian ditambahi lagi ubat-ubatan ibunya.

Dari sehari ke sehari, perangai si abang Dia semakin menjadi2. Belum pun sempat modal jualan kedai berbalik, sudah diambil oleh abang Dia. Begitulah yang berlaku dari hari ke hari. Bukan itu saja, malah si abang juga malas bekerja. Dia jarang berada di rumah disebabkan kekangan masa dengan pengajian dan kekurangan kos untuk pulang ke kampung.

Kerap sekali kakak Dia dan ibunya mengadu kepadanya apabila Dia tiada di kampung kerana Dialah yang rapat dengan abang. Dan Dialah yang boleh menasihati dan memujuk si abang. Namun, apa yang sangat mendukacitakan Dia adalah, sewaktu Dia tiada di kampung, macam2 perkara yang berlaku. Boleh dikatakan 'perang saudara' selalu meletus hanya kerana ibu dan kakaknya menasihati si abang untuk hanya satu2 perkara kecil.Perkara yang sama berulang setiap hari.Lebih merunsingkan Dia adalah abangnya selalu 'naik suara' pada ibunya. Pernah juga suatu hari kakak dan ibu Dia dimarahi oleh si abang bahkan dilemparkan bantal ke arah kakaknya. Nasib baik sahaja ibunya tidak diapa2kan..

Dia sudah cuba mencari pusat pemulihan @ rumah kebajikan yang terbaik dengan harapan si abang akan dapat dikembalikan kejalan kebaikan. Yang dijumpai adalah sebuah rumah pemulihan yang menepati kehendak yang Dia cari namun kekurangan kos menghalang Dia untuk meneruskan hasratnya ke arah itu. Dia, kakak dan ibunya sudah tidak tahu dan tidak mampu berbuat apa2..Seringkali airmata menjadi teman. Namun lebih sedih bagi Dia bila memikirkan ibunya di kampung. Sering berendam duka dan airmata. Sudahlah sedih dengan kehilangan suami tercinta, ditambahi pula berdepan sikap anak yang demikian rupa..
Dan bagi Dia, kasihan juga kepada si abang yang terus menerus bersikap sedemikian. Sedang Dia masih yakin abangnya masih mempunyai hati yang lembut dan akan berubah suatu hari..

Masihkah ada harapan untuk si abang itu berubah?
Apakah yang harus dilakukan oleh Dia dan keluarganya?


2 comments:

Rerama Ungu said...

sesungguhnya setiap ujian Allah itu sesuai dengan hambaNya.

semoga semua umat Islam kembali menjadi umat yang baik

alFaqirah ilAllah.. said...

syukran sudi tinggalkn mesej.benar, setiap ujian Allah itu sesuai dgn hambaNya..mg Allah bg kkuatn u tiap hambaNya yg diuji..

Photobucket