Showing posts with label permasalahan ummah... Show all posts
Showing posts with label permasalahan ummah... Show all posts

Friday, January 22, 2010

PERHATIAN: Perancangan yang terancang!!!

PERANCANGAN ALLAH VS PERANCANGAN YAHUDI..

Dalam meneliti dan merungkai perancangan demi perancangan dan konspirasi yahudi, kita digimikkan dengan kehebatan dan kebijaksanaan luar biasa mereka dalam ilmu, teknologi, ekonomi dan lain-lain.. Kita dirobotkan lagi dengan perancangan tersusun mereka kononnya sejak 1000 tahun dahulu. Wah, lama betul perancangan mereka. Macam-macam yang mereka dah buat. Hamper berjaya nampaknya. Kelihatan hebat sungguh perancangan mereka.

Lihat, apa yang berlaku hasil dari perancangan teliti mereka? Hiburan melampau-lampau yang melalaikan, perkembangan teknologi dan inovasi yang merosakkan dan memusnahkan, peningkatan taraf hidup dan sosial yang telah membuang norma-norma dan nila-nilai kemanusiaan dan keinsanan. Nah, apa lagi..bantu saya sebutkan..
Pasti ada banyak lagi ‘pembangunan insan’ yang kelihatan hebat di pandangan mata kerana semua itu sangat selari dengan kehendak nafsu manusia.
• Manusia mengejar harta benda,
• Hiburan yang tidak bermakna, dipuja-puja,
• Bertambahnya ‘anak tanggang’,
• Meningkatnya ‘ikan haruan’ yang makan anak,
• Anak dibuang, ibubapa di jalanan. Semua kerana manusia semakin hilang pedoman.

Tapi kita lupa…

Hari Khamis lalu, saya mempelajari sesuatu dalam kelas Biologi dengan Mdm.Fadzlina yang menarik untuk saya kongsi dengan kalian.
Dalam bab ECOLOGY, kita mempelajari populasi dan ekosistem kehidupan. Organisasinya bermula dari sekecil zarah atom sehingga ke sebesar alam semesta. Di akhir topik ini, apa yang kami pelajari adalah secara puratanya (generally) ia terbahagi kepada 2 pandangan.


Apa yang dapat diperhatikan? Apa yang membezakan kedua-dua pandangan tersebut? Dan kita di pandangan yang mana?


PERANCANGAN ALLAH..

Perancangan demi perancangan manusia lakukan. Dan begitu juga kerosakan demi kerosakan berlaku angkara perbuatan manusia itu sendiri.


“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".”- alBaqarah:30


“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”- arRum:41

Mari kita semak, apa yang berlaku kepada dunia mutakhir abad-20 ini…

link
link

Di sini jelas perancangan Allah. Kalau ada yang menyatakan bahawa mereka merancang terjadinya gempa di sana-sini melalui letupan bawah tanah dan sebagainya, bagaimana pula dengan letusan gunung berapi yang tidak aktif tiba2 meletus seperti Gunung Tambora yang suatu masa dahulu tidak aktif tiba2 meletuskan letusan yang beganda dahsyatnya? Atau banjir besar yang berlaku di Amerika, juga di Brazil serta yang terburuk di China pada 2009 yang lalu?? Sedang para saintis bahkan ahli geologi sendiri tidak dapat meramalkan apa yang berlaku. Jika tidak sudah tentu mereka adalah orang pertama yang akan melarikan diri ke tempat selamat. Jadi, semua ini siapa punya kuasa??

Bagi muslim, kita yakin dengan sesungguhnya, serapi mana pun perancangan, sehebat mana pun pemikiran dan pengetahuan manusia, tiada satu pun akan berlaku melainkan dengan izin dan kehendakNya jua. Baik atau buruk yang berlaku, adalah dalam pengetahuan dan kehendakNya. Yang pasti semua adalah yang terbaik untuk manusia. Sebagai hukuman, ganjaran, ujian dan lain-lain.

Nah, tanpa perlu dipersoalkan lagi, “kuasa siapakah yang maha hebat?”. Sudah pasti tiada yang lain melainkan ALLAH…Jadi, bukalah pintu hati, pandang dengan mata yang sedar bukan dengan mata yang masih terkulat2 dari lena.

Lihatlah disebalik semua yang berlaku, ALLAH telah menyatakan janjinya.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

Mendekati kiamat akan terjadi fitnah-fitnah seolah-olah kepingan-kepingan malam yang gelap-gulita. Seorang yang pagi hari beriman maka pada sore harinya menjadi kafir, dan orang yang pada sore harinya beriman maka pada pagi harinya menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan (imbalan) harta-benda dunia. (HR. Abu Dawud)

Belum terjadi kiamat sehingga orang-orang dari umatku kembali menyembah berhala-berhala selain Allah. (HR. Abu Dawud)

Belum terjadi kiamat sebelum seorang yang melewati kuburan berkata, “Alangkah baiknya sekiranya aku di tempat orang ini.” (Maksudnya, dia ingin mati dan tidak ingin hidup karena beban berat yang selalu dihadapinya). (HR Bukhari)

Belum akan kiamat sehingga tidak ada lagi di muka bumi orang yang menyebut : “Allah, Allah.” (HR. Muslim)

Belum akan datang kiamat sehingga seorang membunuh tetangganya, saudaranya dan ayahnya. (HR. Bukhari)

Belum akan datang kiamat sehingga manusia berlomba-lomba membangun dan memperindah masjid-masjid. (HR. Abu Dawud)

Di antara tanda-tanda kiamat ialah ilmu terangkat, kebodohan menjadi dominan, arak menjadi minuman biasa, zina dilakukan terang-terangan, wanita berlipat banyak, dan laki-laki berkurang sehingga lima puluh orang wanita berbanding seorang pria. (HR. Bukhari)

Belum akan datang kiamat sehingga manusia berlomba-lomba dengan bangunan-bangunan yang megah. (HR. Bukhari)

Belum akan tiba kiamat sehingga merajalela ‘Alharju’. Para sahabat lalu bertanya, “Apa itu ‘Alharju’, ya Rasulullah?” Lalu beliau menjawab,”Pembunuhan… pembunuhan…” (HR. Ahmad)

Satu per satu tanda-tanda diingatkan kepada kita. Dari tanda kecil kepada tanda besar. Dari samar kepada terang.

Suatu hari, saya berbual dengan seorang pakcik. Katanya, “ Dunia sudah tua, perempuan dah tak macam perempuan, lelaki pun dah hilang identity. Macam-macam yang berlaku. Gejala social makin teruk, macam-macam penyakit baru datang. Kita ni dah jauh tinggalkan harta Nabi. Dah sampai masanya kita kembali hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Hidup sebagaimana yang dipesan oleh Nabi.”

Ya, saya sangat2 setuju dengan pakcik tu. Dan sampai masanya kita balik kepada 2 harta yang kita dah lupa iaitu al-Quran dan sunnah baginda..Ayuh teman dan pembaca sekalian, tiada masa lagi untuk kita tunggu. Sebelum masa kita dijemput pulang oleh yang Mencipta. Tulisan kecil ini tidak bermakna apa-apa jika anda dan saya tidak membuka hati untuk menilai dan memerhati apa yang berlaku di sekeliling kita..

Ayuh kita kembali kepada Islam yang sebenar..
JOM HIDUP BERSYARI’AT!!


Monday, January 11, 2010

ALLAH doesn't mean anything to us??


Assalamualaikum...
Ada isu besar yang sedang melanda seluruh negara yang mana melibatkan agama Islam, Deenul Haq..
Dan saya tidak mahu terkecuali dari isu ini..Bagi saya, sedih, keliru, dan macam2 perasaan ada..Berbagai2 pandangan dilontarkan.ya, semua nak tunjuk sayangkan Islam sebagai agama yang dianuti..tapi lihatlah apa yang berlaku? sedang perkara ini adalah agenda musuh yang semakin gian mencari jalan memecah belahkan ummat Islam..kita berperang tahap kefahaman dan ilmu, sedang pihak musuh sedang bersorak2 meraikan perpecahan kita..Dalam keresahan seorang insan jahil ini, saya layari laman sahabat2 berhubung isu ini..mencari kebenaran dalam kecamukan fikiran manusia yang berbeza level kefahaman dan kefaqihan dalam ilmu agama..
Dan, apa yang saya temui, saya bersetuju dengan pandangan Ustaz Zaharuddin berhubung perkara ini..saya kongsikan disini..Kebenarannya, hanya Allah Maha Tahu..Moga diampuni dosa2 dan kejahilan kita yang lemah dalam mempertahankan agamaNya..


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

SUDUT HUKUM

Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.

Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.

Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.

Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.

Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?. Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya.



Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Muharram 1431 H

01 Januari 2010

Friday, November 13, 2009

Boikot? Are they FREE yet?

Masih boikot?Terus boikot? Mana satu pilihan anda? Entah kenapa kali ni nak bincang tentang perkara ni.Mungkin sebab setiap hari saya ke kedai membeli barang2 makanan, selalu saja saya terjumpa barang2an yang dikategorikan boikot 'suatu masa dulu'...
SUATU MASA DULU??

Saya belum pernah sampai berdebat dengan sahabat @ kawan mengenai perkara ini, sebaliknya saya pernah menegur kawan waktu terpandang/ terserempak dengan mereka membeli barang. Malah, saya pula diajukan soalan, "boikot lagi ke?", "dah tu, tak boleh beli la ea?", dan ada juga yang berkata "oo..yeke? tak perasan pulak/ terlupa".
Dan saya tidak membalas apa2. Hanya menegur dan meninggalkan mereka dengan persoalan dan kesedaran.(mungkin sedar, mungkin juga tidak atau mungkin juga cara saya yang belum cukup hikmah).

Namun, dalam fikiran saya terdetik, "eh2, boikot ni ada musim ke? saudara2 di palestin dizalimi dan diseksa oleh puak zion tanpa mengira masa, hari dan keadaan mereka. Tapi kita? Bagai pisang goreng. Bila panas, ramai yang sibuk membeli, bila dah sejuk, semua buat tak endah lagi! Begitulah kita! (haa, kena batang idung tak??huhu)....Sedangkan, ini perkara ummat! membeicarakan kemaslahatan umat tidak perlu bermusim.

Contoh lain yang agak ketara pada pandangan saya, bacaan qunut nazilah. Di akhir tahun lepas, dan di awal tahun ini, 2009, ulama' menyatakan supaya kita membaca doa ini dalam menghadapi musuh Islam. Kini, isu Gaza, Israel, sudah sejuk berbanding 3, 4 bulan lepas apatah lagi di awal Januari lalu..Di waktu itu. doa ini hingar bergema di bibir2 dan di corong2 radio, sedang kini sudah hambar dan sedikit sekali yang terus membacanya. Sedangkan, saya tidak pernah pula mendengar ulama' menyatakan doa ini sudah tidak perlu dibaca atau perlu dibaca mengikut 'keperluan'.
KEPERLUAN??

Saudara2 pembaca yang bijaksana, saya yakin anda juga mempunyai pandangan anda sendiri dalam menilai perkara sebegini. Tapi perkara begini bukan hanya untuk dinilai oleh aqal dan hati bahkan disertai dengan amal jasadi.

Sama-sama kita renungkan......




Saturday, October 31, 2009

Hapuskanlah Airmatanya...


Dia(bukan nama sebenar), seorang muslimah yang masih belajar di salah sebuah institut pengajian tinggi(IPT) dalam Malaysia..Dia merupakan anak bongsu dari sebuah keluarga besar. Apepun, hakikatnya Dia mempunyai 4 beradik kandung, seorang ibu kandung dan seorang ayah..Dia melalui perjalanan hidup yang penuh liku dan suka-duka..


Dia mempunyai seorang abang dan dua kakak..Keluarga DIa hidup dalam keadaan serba sederhana.Memiliki hanya seorang abang dalam keluarga Dia, menyebabkan lelaki itu diberi lebih perhatian. Namun, mungkin dek kerana 'lebih perhatian' yang tidak sempurna, abang Dia menjadi seorang yang nakal dan semakin menjadi2 dari sehari ke sehari.Apa yang menjadi keresahan Dia adalah memikirkan tentang abangnya.

Ibu Dia mengidap sakit yang berat sejak 8 tahun lalu..Awal tahun ini, sakit itu kembali bermanja di tubuh sang ibu itu menyebabkan ia terlantar di hospital beberapa bulan dengan berat. Ayah Dia seorang tua yang sudah menjangkau 70-an. Dengan usia yang sudah harus untuk sang ayah itu berehat, namun masih bertungkus lumus mengerah keringat mencari rezeki buat keluarga.

Dalam keadaan ibu Dia yang masih tidak stabil kerana masih keluar masuk hospital, sang ayah dipanggil mengadap Ilahi. Maka tinggallah Dia, ibu, abang dan dua kakaknya. Apa yang berlaku, diawal pemergian ayah Dia, abang Dia bersolat dengan baik..Namun selepas beberapa minggu, solat si abang itu semakin banyak menjadi lompong.Dari lima kali sehari, berkurang ke empat kali sehari, ke tiga kali sehari, ke dua kali sehari dan lama-kelamaannya meninggalkan solat.

Disebabkan ayah Dia sudah tiada, ibu Dia hanya bersendirian di rumah. Tapi, kakak sulong Dia membuat keputusan untuk berhenti kerja di ibu kota untuk pulang menjaga ibunya di kampung. Kehidupan berjalan seperti biasa, tapi wang simpanan semakin berkurang. Mengusahakan kedai kecil di kampung tidaklah membawa keuntungan yang banyak dan tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian ditambahi lagi ubat-ubatan ibunya.

Dari sehari ke sehari, perangai si abang Dia semakin menjadi2. Belum pun sempat modal jualan kedai berbalik, sudah diambil oleh abang Dia. Begitulah yang berlaku dari hari ke hari. Bukan itu saja, malah si abang juga malas bekerja. Dia jarang berada di rumah disebabkan kekangan masa dengan pengajian dan kekurangan kos untuk pulang ke kampung.

Kerap sekali kakak Dia dan ibunya mengadu kepadanya apabila Dia tiada di kampung kerana Dialah yang rapat dengan abang. Dan Dialah yang boleh menasihati dan memujuk si abang. Namun, apa yang sangat mendukacitakan Dia adalah, sewaktu Dia tiada di kampung, macam2 perkara yang berlaku. Boleh dikatakan 'perang saudara' selalu meletus hanya kerana ibu dan kakaknya menasihati si abang untuk hanya satu2 perkara kecil.Perkara yang sama berulang setiap hari.Lebih merunsingkan Dia adalah abangnya selalu 'naik suara' pada ibunya. Pernah juga suatu hari kakak dan ibu Dia dimarahi oleh si abang bahkan dilemparkan bantal ke arah kakaknya. Nasib baik sahaja ibunya tidak diapa2kan..

Dia sudah cuba mencari pusat pemulihan @ rumah kebajikan yang terbaik dengan harapan si abang akan dapat dikembalikan kejalan kebaikan. Yang dijumpai adalah sebuah rumah pemulihan yang menepati kehendak yang Dia cari namun kekurangan kos menghalang Dia untuk meneruskan hasratnya ke arah itu. Dia, kakak dan ibunya sudah tidak tahu dan tidak mampu berbuat apa2..Seringkali airmata menjadi teman. Namun lebih sedih bagi Dia bila memikirkan ibunya di kampung. Sering berendam duka dan airmata. Sudahlah sedih dengan kehilangan suami tercinta, ditambahi pula berdepan sikap anak yang demikian rupa..
Dan bagi Dia, kasihan juga kepada si abang yang terus menerus bersikap sedemikian. Sedang Dia masih yakin abangnya masih mempunyai hati yang lembut dan akan berubah suatu hari..

Masihkah ada harapan untuk si abang itu berubah?
Apakah yang harus dilakukan oleh Dia dan keluarganya?


Photobucket