Friday, November 13, 2009

Boikot? Are they FREE yet?

Masih boikot?Terus boikot? Mana satu pilihan anda? Entah kenapa kali ni nak bincang tentang perkara ni.Mungkin sebab setiap hari saya ke kedai membeli barang2 makanan, selalu saja saya terjumpa barang2an yang dikategorikan boikot 'suatu masa dulu'...
SUATU MASA DULU??

Saya belum pernah sampai berdebat dengan sahabat @ kawan mengenai perkara ini, sebaliknya saya pernah menegur kawan waktu terpandang/ terserempak dengan mereka membeli barang. Malah, saya pula diajukan soalan, "boikot lagi ke?", "dah tu, tak boleh beli la ea?", dan ada juga yang berkata "oo..yeke? tak perasan pulak/ terlupa".
Dan saya tidak membalas apa2. Hanya menegur dan meninggalkan mereka dengan persoalan dan kesedaran.(mungkin sedar, mungkin juga tidak atau mungkin juga cara saya yang belum cukup hikmah).

Namun, dalam fikiran saya terdetik, "eh2, boikot ni ada musim ke? saudara2 di palestin dizalimi dan diseksa oleh puak zion tanpa mengira masa, hari dan keadaan mereka. Tapi kita? Bagai pisang goreng. Bila panas, ramai yang sibuk membeli, bila dah sejuk, semua buat tak endah lagi! Begitulah kita! (haa, kena batang idung tak??huhu)....Sedangkan, ini perkara ummat! membeicarakan kemaslahatan umat tidak perlu bermusim.

Contoh lain yang agak ketara pada pandangan saya, bacaan qunut nazilah. Di akhir tahun lepas, dan di awal tahun ini, 2009, ulama' menyatakan supaya kita membaca doa ini dalam menghadapi musuh Islam. Kini, isu Gaza, Israel, sudah sejuk berbanding 3, 4 bulan lepas apatah lagi di awal Januari lalu..Di waktu itu. doa ini hingar bergema di bibir2 dan di corong2 radio, sedang kini sudah hambar dan sedikit sekali yang terus membacanya. Sedangkan, saya tidak pernah pula mendengar ulama' menyatakan doa ini sudah tidak perlu dibaca atau perlu dibaca mengikut 'keperluan'.
KEPERLUAN??

Saudara2 pembaca yang bijaksana, saya yakin anda juga mempunyai pandangan anda sendiri dalam menilai perkara sebegini. Tapi perkara begini bukan hanya untuk dinilai oleh aqal dan hati bahkan disertai dengan amal jasadi.

Sama-sama kita renungkan......




6 comments:

ACHTUNG! said...

Assalamualaikum

Sedih bila pemboikotan hanya sekadar dibibir ummah. Ada juga yang memboikot, tapi tak ramai, dan tak pula berterusan. Padahal pihak yang paling berkuasa untuk memboikat sehingga pemboikotan efektif adalah pihak kerajaan sendiri dengan melakukan embargo dan sebagainya.

Kalau harap kita-kita je yang boikot, paling tidak kedai runcit Kak Esah, Pak Selamat yang kat tepi jalan tu, dan kedai Abang Jin kat hujung kampung tu yang bankrup. Berbanding kalau kerajaan yang boikot, tentu barang2 tu tak di bawa masuk ke dalam negara, dan mengurangkan jumlah permintaan besar yang pernah diterima dari negara ini...

Heeeee.... geram betullah!
Tengok, sekarang ni da mula senyap isu palestin. Padahal di tengah kesenyapan ini pelbagai strategi mereka atur dan laksanakan. Cuba cari maklumat tentang team risik MASOUD (zionis)... awak akan lagi GERAM!!!

Wassalam

Rerama Ungu said...

Arab Saudi menyokong kuat barangan keluaran amerika dan Israil...Raja Abdullah ni tak tahulah Islam lagi ke tidak...cuba kaji tentang Raja Abdullah,anda mesti lagi GERAM!!!

abgBro said...

setuju dgn keluhan BATU BERSURAT tu...

salam ukhwah, salam perjuang

hudaidris said...

kfc boikot x?

alFaqirah ilAllah.. said...

>to batu bersurat n ibnu umar..

na'am..saya pn geram + sedih bila berbicara soal isu boikot ni..sangat terkilan bila orang2 disekeliling apalagi orang2 hampir dgn kita termasuk dalam golongan yang tidak endah tentang perkara ni.sudah bermacam cara diguna. nasihat bi lisan risau nanti terasa, kecik hati.tegur by action, ntahla ye..samada mereka tak nampak @buat2 tak nampak..

emm..we always think just in one side..and we forget another side..mungkin benar kata (batu bersurat); kalau kita2 je yg boikot, paling ya kedai2 kecik je..
tapi, cuba fikir, kalau kesedaran terus diberikan pd masyarakat, bolehjadi market2 besar pun boleh tutup..sebab tulah kita kena terus beri peringatan dan sama2 beri kesedaran antara 1sama lain..

in side duniawi, mcm tula...
but in side ukhrawi, walaupun sekecil2 tindakan, moga yang kecil itu mampu menjadi hujah untuk kita berhadapan dengan soalanNya di sana..

alFaqirah ilAllah.. said...

>to ukhti huda idris

maaf uda..ma tak tau la..tak sure..hari tu, boikot sebab menyumbang kepada israel..skrg pn still ade 1part kecil utk tu..cuma KFC malaysia dah di ambil alih oleh johor corporation..terjamin la dr segi kehalalanNya..
tp kalau ma nak sangat makan fried chicken ke fries ke, ma buat sendiri kot...haha.kawan cakap better A&W la dari KFC..
lebih baik lagi, terjamin lagi suci, belilah keluaran HPA...orang cakap SEDAP, cuma mahal sikit la..biasela tu kan?nak yg berkualiti mesti berharga skit..apepun, insyaAllah, esok lusa murah sikit kot..hehe

Photobucket